Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Gambar) Data-Data Lama Probs Angkasa Akatsuki Digeledah, Penemuan Hebat Imej Terbaru Pemandangan Planet Zuhrah

19 Jan 2018
No Comment

18 Jan - Baru-baru Falak Online melaporkan terdapat satu entri Twitter dari Emily Lakdawalla yang memuat naik beberapa keping gambar pemandangan terbaru planet Zuhrah menerusi pemprosesan semula data-data lama sebuah prob angkasa milik Jepun, Akatsuki.

Menurut Falak Online, pada mulanya mereka menyagka itu adalah cerita lama yang diulang tayang, namun mereka silap. Itu adalah gambar-gambar terbaru dari data-data lama prob angkas atersebut.

Akatsuki adalah, prob angkasa lepas kepunyaan agensi angkasa Jepn yang kini sedang mengorbit planet Zuhrah dan melakukan kajian terperinci mengenai keadaan cuacanya.

Prob ini telah dilancarkan pada tahun 2010 dan ia sepatutnya masuk ke dalam orbit pada bulan Disember 2010. Namun, atas kerosakkan teknikal yang berlaku, prob ini terlajak ke depan dan terpaksa mengorbit matahari beberapa kali sebelum ia berjaya dimasukkan ke dalam orbit yang betul pada Disember 2015.

Seorang peminat astronomi, Damia Bouic telah menggeledah beberapa keping imej lama Zuhrah yang disimpan di dalam Akatsuki Science Data Archieve dan memproses kembali data-data tersebut dan hasilnya sangat mengagumkan.

Berikut adalah penerangan dari Falak Online mengenai setiap imej planet Zuhrah tersebut. Semoga perkongsian ini boleh menambah ilmu pengetahuan pembaca tentang angkasa lepas.


Foto di atas menunjukkan bahagian ‘malam’ planet Zuhrah. Mengapa ia kelihatan terang, padahal sepatutnya gelap gelita? Ia terhasil dari data yang diambil menerusi 2 buah kamera jenis IR yang merakam pada julat gelombang 1.74 dan 2.26 mikron, dan sebuah kamera jenis UVI yang merakam pada gelombang ultraviolet.

Kedua-dua gelombang cahaya ini tidak dapat dikesan menerusi mata, tetapi ia boleh dirakam oleh kamera khas seperti di atas.

Damia telah menggabungkan 2 set data gelombang cahaya tadi dan menghasilkan sebuah imej yang ‘bukan berwarna sebenar’.. atau dikenali sebagai false color image. Saintis selalunya menggunakan kaedah ini untuk melihat dengan lebih jelas apa yang berlaku dan dapat memberi gambaran lebih terperinci mengenai sifat objek yang dicerap.

Di dalam kes foto Zuhrah di atas, kamera UVI dapat melihat lapisan awan dan jerebu yang terletak pada ketinggian 65-75 km di atas permukaan Zuhrah, manakala kamera IR2 menunjukan lapisan yang lebih rendah, iaitu pada sekitar 48-55 km.

Lapisan awan yang tebal akan kelihatan lebih gelap. Warna-warna lain juga menunjukkan perbezaan komposisi atau saiz partikel yang terapung-apung di kawasan tersebut.



Formasi awan yang dirakam menerusi kamera gelombang ultraviolet UVI. Variasi warna di sini ada menunjukkan kehadiran gas sulfur dioksida yang muncul daripada lapisan bawah atmosfera dan menerjah naik ke lapisan awan. 

Para saintis planetari masih belum pasti sumber sebenar gas ini. Ada kemungkinan juga ia terhasil daripada sumber gunung berapi di permukaan Zuhrah. Perhatikan juga formasi pergerakan awan yang lebih ‘licin’ di kawasan kutub berbanding di kawasan latitud rendah dan khatulistiwanya.


Pandangan lebih jelas pusaran vortex yang mengelilingi kawasan kutub selatan Zuhrah. Cahaya yang diterima di kawasan ini ialah pada waktu ‘pagi’ di sana.


Kawasan di garisan lintang khatulistiwa menunjukkan rupa bentuk awan-awan yang agak kompleks. Perbezaan nada warna di sini menunjukkan adanya komponen misteri yang menyerapkan cahaya ultraviolet dan juga wujudnya gas sulfur dioksida di dalam lapisan atmosferanya.


Menerusi kamera gelombang infra-merah, IR2, jalur kawasan yang terang menunjukkan kawasan di mana suhunya lebih tinggi berbanding kawasan lain. Kena ingat, planet Zuhrah ini pun memang panas sangat, maka kawasan ‘gelap’ menerusi kamera IR2 ini tidak semestinya menunjukkan ia sejuk dan nyaman!

Jelas kelihatan dari aspek kajian meteorologi, planet Zuhrah ini sungguh kompleks dan masih banyak perlu dipelajari. 


Foto ini merupakan gabungan 2 buah rakaman yang dibuat pada jarak yang berlainan, bagi menampung ‘kekosongan’ data yang ada pada foto yang lebih terperinci sebelum ini. Banyak bentuk yang menarik dapat dilihat seperti rupa bentuk “V” senget yang mengelilingi Zuhrah di kawasan latitud rendahnya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "