Gambar Hiasan |
Mungkin masih ada lagi segelintir ibu bapa yang tidak pasti samada boleh atau tidak bayi lelaki yang baru lahir dikhatankan dalam masa tedekat. Mungkin juga tertanya-tanya akan prosedur menjalani khatan awal usia, proses penjagaan dan hospital mana yang menawarkan khidmat ini.
Bagi sesetengah ibu bapa memilih untuk anak mereka dikhatankan sesudah datang baligh, lebih mudah untuk dijaga berbanding semasa bayi. Namun, para ibu bapa mungkin tidak jelas akan kebaikan berkhatan semasa anak masih bayi. Antaranya adalah dapat mengurangkan masalah jangkitan pada zakar, menghindari kanser zakar, dan penjagaan zakar bayi lebih mudah kering jika dikhatan lebih awal.
Ikuti pengalaman Mohammad Fadzly menerusi akaun Facebooknya yang berkongsi prosedur berkhatan anak bongsu mereka yang baru sahaja dilahirkan 2 bulan lepas serta tips penjagaan khatan daripada beliau diawal usia.
Semalam kami sunatkan anak bongsu kami yang berumur 2 bulan. Sebenarnya tak rancang sangat nak khatankan dia dalam waktu terdekat, tapi ada niat nak sunatkan awal. Pada mulanya kami suami isteri terfikir2 kat mana nak sunat. Kami tak tahu di mana. Tanya punya tanya, ada dua tempat yang dibuat di Johor Bahru, satu di Klinik Dr. Kamal, Kampung Pasir, satu lagi di Klinik Pakar Dr Razali, Hospital KPJ Pakar Puteri.
Tempat lain saya masih tak tahu. Ingat nak guna GL di Hospital Kerajaan tetapi buat masa ini, Paeds Surgical di Hospital Sultanah Aminah tidak membuat circumcision atas alasan ritual. Yang ada pun dekat UMMC, tapi jauh nak gi sana. Last-last kene pergi swasta untuk sunatkan anak kami. Kami memilih KPJ Puteri dan berjumpa Dr Razali atas recommendation kawan yang tempoh hari, saya ada siarkan kisah anak beliau yang mengalami komplikasi usus di profile page saya.
Simple saja jumpa doktor ni. Daftar kat bawah, naik ke klinik beliau tingkat dua dan terus berjumpa. Sekarang ni bukan cuti sekolah, jadi tak ramai patient nak sunat. Lepas beliau check-check semuanya, lantas bertanya bila nak khatankan? Pada asalnya, saya nak kene pastikan ianya cukup satu minggu sebelum isteri saya balik dari cuti confinement. Sebab saya rasakan perlu ada seminggu untuk jaga baby sepertimana jaga sunat untuk budak2 besar. Bila Doktor kata boleh buat esok, saya terus setuju tanpa fikir panjang. Dari raut wajah isteri saya dah nampak beliau mula risau, sebab dalam keluarga tak pernah ada abang dia sunat sewaktu baby. Macam-macam lah dia tanya termasuklah penjagaan dan komplikasi. Saya dah agak dah, kalau saya tangguh seminggu lagi, kemungkinan besar takkan buat adalah tinggi.
Simple saja jumpa doktor ni. Daftar kat bawah, naik ke klinik beliau tingkat dua dan terus berjumpa. Sekarang ni bukan cuti sekolah, jadi tak ramai patient nak sunat. Lepas beliau check-check semuanya, lantas bertanya bila nak khatankan? Pada asalnya, saya nak kene pastikan ianya cukup satu minggu sebelum isteri saya balik dari cuti confinement. Sebab saya rasakan perlu ada seminggu untuk jaga baby sepertimana jaga sunat untuk budak2 besar. Bila Doktor kata boleh buat esok, saya terus setuju tanpa fikir panjang. Dari raut wajah isteri saya dah nampak beliau mula risau, sebab dalam keluarga tak pernah ada abang dia sunat sewaktu baby. Macam-macam lah dia tanya termasuklah penjagaan dan komplikasi. Saya dah agak dah, kalau saya tangguh seminggu lagi, kemungkinan besar takkan buat adalah tinggi.
Kat bawah adalah soalan-soalan lazim tentang procedure berkhatan semasa baby.
Bila waktu sesuai berkhatan untuk baby?
- Sebelum baby boleh meniarap sendiri.
Kenapa sebelum baby boleh bergerak/berpusing?
- Jika baby dah mula bergerak secara aktif, amat sukar untuk melakukan procedur khatan dengan local block atau bius setempat. Kalau nak lakukan juga mungkin kena guna cara bius keseluruhan atau General Anaesthesia (GA) dengan menidurkan baby dan KIV masukkan tiub dalam mulut untuk bantuan pernafasan.
Disamping itu, jika baby belum lagi aktif berpusing, ianya memudahkan proses penyembuhan luka. Untuk baby yang aktif bergolek-golek, luka tersebut mungkin sukar untuk dijaga dan berpotensi untuk jahitan terbuka.
Apa kelebihan berkhatan sewaktu baby?
- Senang jaga, luka pun cepat sembuh berbanding sunat sewaktu besar.
Apa perlu saya buat semasa procedure berkhatan?
- Bedung atau pegang tangan dan kaki baby sambil berikan susu sewaktu menangis. Baby akan menangis sewaktu bius diberikan sahaja. Selepas bius dah jalan, baby tak nangis dah. Just comfort baby dengan susu.
-15-20 minit. Luka di jahit di 6 point menggunakan benang halus yang "absorbable". Benang tersebut akan hilang tanpa perlu risau untuk membuka benang.
Adakah ianya dijalankan dalam kawasan yang bersih?
- Ya. Semua peralatan yang digunakan adalah sterile. Cuma procedur kecil ini tidak melibatkan doktor pakar bius dan boleh dilakukan di bilik prosedur.
Lepas khatan, bagaimana nak jaga?
- Senang saja, cuci macam biasa saja. Saya pakai normal saline dan gauze/tisu kering untuk lap-lap. Item tersebut boleh di beli kat farmasi. Doktor sarankan saya untuk ambil garam halus dua sudu, masukkan dalam air. Boleh guna sebagai pengganti normal saline untuk menjimatkan kos. Disamping itu juga, Doktor ada bekalkan krim antibiotik- fusidic cream. Kena apply dua kali sehari. Tak perlu balut dengan dressing.
- Doktor recommendkan letak krim vaselin untuk mengelakkan geseran antara lampin dan kepala tuut tu. Beli sahaja kat pharmacy mana-mana.
Saya risau kecik-kecik nak bersihkan kerak2 kuning tu?
- Kelebihan sunat sewaktu baby, tidak muncul "crusty" kuning yang selalu terdapat pada kanak-kanak yang sunat sewaktu besar. Lebih bersih. Senang nak jaga, lebih berani sentuh untuk bersihkan kawasan jahitan/luka.
Berapa lama luka perlu dijaga?
- Tidak sampai seminggu ada kalanya kurang daripada itu. Ibu saya yang sunatkan adik saya sewaktu kecil kata tak sampai 4 hari dah baik.
Tak risau ke kalau baby asik nangis?
- Ini kelebihan sunat awal sebenarnya. Kebiasaannya pada waktu umur 4 bulan ke bawah, baby nangis disebabkan ingin susu atau berak. Berikan je susu atau tukar pampers, insyaAllah baby tidak lagi menangis. Jika bayi anda masih menangis, sila tengok luka, mungkin ada isu atau bayi tengah kesakitan. Anda boleh cuba ubat panadol yang diberikan oleh doktor untuk tahan sakit. Jika masih lagi menangis, disarankan untuk berjumpa dengan doktor.
Semua baik-baik je? Takkan tak da komplikasi?
- Seperti mana-mana procedur surgeri, terdapat risiko komplikasi yang perlu diketahui oleh ibu bapa. Meatitis, satu keradangan pembukaan uretra atau stenosis meatal, penyempitan pembukaan uretra, risiko untuk dua perkara di atas ini berlaku dikurangkan dengan adanya kulup. Tapi bila dah dibuang, risiko untuk perkara di atas akan meningkat. Doktor kata up to 20% yang bersunat sewaktu baby berpotensi untuk dapat benda ni. Tapi so far, Doktor Razali, beliau tak pernah jumpa lagi. Cara untuk nak kurangkan risiko adalah dengan menukar lampin dengan kerap.
Berapa kos keseluruhan?
- Kos keseluruhan yang kami bayar untuk procedur ini adalah RM300-400++. Swasta ni charge semua, termasuk glove dan mask yang digunakan.😂. Saya kurang pasti kos di Klinik GP Swasta di luar. Mungkin lebih murah dalam RM100-200.
- Kos pula akan meningkat jika baby dah start mula bergerak. Seperti yang saya katakan di atas, kemungkinan baby yang sukar untuk ditenangkan mungkin memerlukan bius secara tidur atau general anaesthesia. Kos boleh mencecah RM3000-4000 disamping kemungkinan untuk memerlukan sokongan wad selepas operation. Kos untuk berjumpa doktor pun sangat murah, RM10-30+ sahaja setiap kali appointment sebab tiada ubat. Namun kos tersebut hanyalah anggaran dan kos sebenar tertakluk kepada fi hospital.
Kalah melulu main di agen lain?
BalasPadammari coba disini Upd4te Bett1ng (7ACD8560)
Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
BalasPadampin bbm 5ee80afe