Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Cita-Cita Danish Nak Jadi Tukang Kayu," Kisah Ibu Tabah Berjuang Hidup Lawan Kanser Tulang Jaga Anak Autisme

17 Jan 2018

16 Jan - Autisme merupakan kecacatan perkembangan tegal yang melibatkan fungsi otak. Autisme dianggap sebagai sejenis kecacatan neurologi dan bukan kecacatan psikiatris mudah, walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial, dan komunikasi emosi dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai. 

Autisme juga melibatkan masalah dengan integrasi deria. Biasanya, autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun. Dianggarkan bahawa autisme membabitkan dalam 2 hingga 6 kes setiap 1,000 orang, dan autisme 4 kali lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding perempuan Autisme lebih kerap dikalangan lelaki berkulit putih.

Bagi mengenal pasti penghidap autisme ada beberapa ciri yang boleh dikenal pasti seperti, suka bermain bersendirian, sukar untuk bekerjasama, tidak menghiraukan orang lain, tidak suka sentuhan dan lambat bercakap.


Secara umumnya, autisme jarang dikesan oleh ibubapa pada peringkat awal, ia biasanya dikesan apabila pesakit tersebut mengalami kesukaran untuk bertutur, menulis dan mengenal huruf. Ini biasanya dikesan apabila kemampuan mereka lebih rendah berbanding kanak-kanak normal.

Contohnya kanak-kanak 11 tahun akan menunjukkan tingkah laku mengamuk seperti kanak-kanak 3 tahun ataupun kanak-kanak tersebut akan memegang sesuatu permainan sehingga hancur atau rosak.

Seorang pengguna Facebook, Zeeda Aziz yang juga ibu kepada seorang pesakit Autisme berkongsi pengalaman beliau menerusi 'group FB' Autisme Malaysia tentang bagaimana anaknya membesar dan tanda-tanda autisme itu semakin jelas.

Menurut Zeeda, anak lelakinya itu sudah menunjukkan ciri-ciri autistic sejak kecil lagi. Namun, beliau tidak pernah membawa anaknya mendapatkan diagnos yang tepat.


"Bukannya tak nak bawak, tapi kebanyakkan masa saya dihabiskan di hospital untuk rawatan kanser tulang," tulisnya.

Zeeda yang juga penghidap kanser tulang, memiliki ketabahan dan kesabaran yang amat mengagumkan apabila dia mampu menguruskan dirinya dan anaknya, Danish.

Danish juga dikatakan telah menunjukkan masalah deria sejak dari dalam kandungan lagi.

"Bila bunyi telefon berdering dia menendang dan bila bunyi blender, vacuum atau pengering rambut boleh bergoncang perut saya," tambahnya lagi.

Selepas Danish dilahirkan, dia tidak boleh ditinggalkan berseorangan walalupun sekejap dan ketika dia sedang tidur satu rumah perlu berjalan dengan perlahan-lahan.

"Terhentak sikit je tapak kaki, bangunlah dia," kata Zeeda.

Menurut Zeeda lagi, Danish melangkaui proses tumbesarannya apabila dia terus sahaja duduk, berdiri dan berjalan tanpa perlu melalui proses merangkak.


Berikut adalah perkongsian penuh dari Zeeda Aziz tentang pengalamannya menjaga anak autisme yang menjadi kekuatan untuk dirinya terus menjalani kehidupan seperti biasa. Semoga bermanfaat.

Sejak kecil, anak saya menunjukkan ciri-ciri autistic child tapi saya tak pernah bawa dia untuk mendapatkan diagnosis yang tepat.

Bukannya tak nak bawa jumpa child psychologist, tapi kebanyakan masa saya dihabiskan di hospital untuk rawatan kanser tulang.

Danish menunjukkan sensory problem sejak dari dalam kandungan. Bunyi telefon berdering, dia menendang. Bunyi blender, vacuum cleaner, hair dryer pun boleh buat bergoncang perut saya.

Selepas lahir, dia tak boleh ditinggalkan seorang diri walaupun seminit. Babycot tu beli saja, guna tak pernah. Kalau dia tidur, satu rumah kena tip toe bila berjalan. Terhentak sikit je tapak kaki, bangun lah dia.




Dia bayi yang baik diam kalau saya kepit je dia. Tapi dia boleh menangis (melalak) non stop for hours kalau saya letak dalam car seat.

Sepatutnya bila masuk usia 6-7 bulan, bayi sudah mula belajar memasukkan tangan atau mengutip apa saja untuk masuk ke mulut. Yang ini Danish tak pernah buat. Hatta biji Tic Tac warna warni pun tak dipedulinya.

Dia juga skipped merangkak. Terus duduk, berdiri, berjalan. Umur 8 bulan melangkah, 10 bulan dah berlari. Progress paling cepat berbanding anak² saya yang lain.

Pertuturan dia juga lebih cepat dan sangat pandai menyusun perkataan. Kalau dia salah atur ayat, dia sendiri betulkan.

Bila Danish dah boleh berjalan, tangannya tak pernah letak di tepi peha. Mesti nak pegang semua benda yang ada di laluannya. Mendepang tangan usik railing, usik orang, usik apa boleh.




Selain itu dia ada separation anxiety. Tak boleh jauh dari saya. Dia akan shutdown. Zero communication.

Walaupun dah besar (tahun ni form 1), dia masih ada meltdown. Ikut suka dia je nak nangis kat mana pun. Hat ni la saya kena banyak² sabar. Especially bila outing di luar, tak boleh ada orang lain duduk sebelah saya melainkan dia. Abahnya nak duduk pun tak kasi.

Ciri² fizikal masih nyata. Selipar yang dipakainya tak disarung sempurna. Senget macam mana entah. Tumitnya juga tak jejak tanah kalau berjalan.

Danish obses dengan kerja yang melibatkan pertukangan dan blok. Cita-cita dia, nak jadi tukang kayu.

Sekarang ni saya risaukan masalah linguistik dia. Result terakhir sebelum tamat sekolah, cuma 10%. Yang lain bagus. Jenuh ajar dia untuk buang ketakutan/malu/anxiety tapi macam tu juga. Emas dalam mulut, cikgunya kata. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Ayo dukung team Anda bersama saya di Upd4te Bett1ng
    depo/wd hanya 50rb saja

    BalasPadam
  2. Mari bergabung dengan saya di www*F4nsBett1ng*com
    Proses cepat, aman dan terpercaya

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "