Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pelajar Sekolah Dipercayai Diserang Histeria Jatuh Bangunan, Punyai Latar Belakang Kemurungan

17 Jan 2018
2 ulasan

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.20 pagi semalam itu telah melibatkan seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun daripada sebuah sekolah menengah di daerah Hulu Terengganu.  Status mangsa belum diketahui dan masih menunggu laporan kecederaan daripada pihak hospital.

Memetik laporan media, pelajar tersebut dipercayai jatuh daripada tingkat satu sekolah selepas diserang histeria.  Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud memaklumkan bahawa pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut tentang bagaimana mangsa boleh terjatuh daripada bangunan tersebut.

"Mangsa sebelum ini belajar di sebuah sekolah di daerah Kuala Terengganu dan baharu pindah sekolah(lokasi kejadian). Adik mangsa berumur 16 tahun juga belajar di sekolah ini dan diamanahkan untuk menjaga mangsa.

"Bapa mangsa yang pernah mengajar di sebuah madrasah di daerah ini turut menghantar mangsa ke madrasah sama bagi tujuan memulihkan masalah kemurungan dihadapi mangsa.

"Ayah mangsa juga maklumkan, mangsa sering kemurungan dan mengalami masalah halusinasi serta memaklumkan sudah dua sekolah anaknya bertukar kerana ada masalah sedemikian," katanya. - Sinar Online


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Ayo dukung team Anda bersama saya di Upd4te Bett1ng
    depo/wd hanya 50rb saja

    BalasPadam
  2. Mari bergabung dengan saya di www*F4nsBett1ng*com
    Proses cepat, aman dan terpercaya

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "