Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Abam Jemput Seluruh Rakyat Malaysia Hadir Ke Majlis Perkahwinannya Di Gombak

13 Jan 2018

13 Jan - Jika sesetengah artis popular lebih memilih untuk mengadakan majlis perkahwinan secara tertutup dan lebih privasi bersama keluarga dan saudara-mara terdekat sahaja, tetapi tidak untuk pelawak terkenal, Abam Bocey.

Abam menerusi akaun Instagram miliknya menjemput semua rakan-rakan artis, saudara-mara, jiran-jiran dan seluruh pengikut Instagram serta peminatnya untuk menghadiri majlis persandingannya yang akan diadakan pada 20 Januari 2018.


Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Bin Syed Mohd Redzuan akan mengadakan majlis tersebut di rumahnya No. 222 Kampung Sg. Salak Batu 10, Jalan Gombak, Kuala Lumpur.

Menurut Abam, majlis akan dimulakan pada pukul 12 tengah hari dan akan berakhir sehingga majlis selesai.

"Assalammualaikum, saya dengan rendah diri menjemput kawan-kawan, saudara-mara dan semua rakyat Malaysia untuk hadir di majlis walimatulurus sebelah lelaki pada 20 Januari 2018," tulisnya.


Beliau juga meminta untuk semua pengikut Instagramnya agar memanjangkan jemputannya ini dan mengalu-alukan kedatangan tidak kira bangsa, agama, pangkat dan darjat ke majlis beliau dan isterinya itu.

"Semoga kita semua dicucuri rahmat dan diberi kesihatan yang baik, InsyaAllah," ujarnya.

Terdahulu pada 8 Disember lalu, Abam, 30, selamat disatukan sebagai suami kepada wanita pilihannya, Siti Norhidayah Mohd Ali dengan sekali lafaz. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini Upd4te Bett1ng (7ACD8560)

    BalasPadam
  2. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (F4ns Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam
  3. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  4. DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :) :* :*

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "