Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Hanya Mandi Sekali Dalam Setahun, Wanita Diceraikan Suaminya Akibat Tabiat Buruknya Itu

15 Jan 2018
Gambar Hiasan
15 Jan - Seorang suami di Taiwan nekad menceraikan isterinya kerana perangai buruk isterinya yang hanya mandi sekali dalam setahun.

Tabiat buruk isterinya itu telah membantutkan niat suaminya untuk memiliki cahaya mata kerana sudah tidak lagi melakukan hubungan intim bersama, lapor Shanghaiist.

Menurut suaminya, sebelum mereka berkahwin isterinya itu akan mandi sekali dalam seminggu. Namun, sikap malas untuk membersihkan diri isterinya itu semakin menjadi-jadi selepas berkahwin.

Selepas 10 tahun, isterinya hanya mandi sekali dalam setahun dan akan menghabiskan masa selama 6 jam bagi membersihkan dirinya itu. 

Gambar Hiasan
Selain tabiatnya yang malas mandi, isterinya itu juga memaksa suaminya supaya tidak keluar bekerja dan menjaga bapanya yang sedang sakit.

Oleh sebab itu, mereka sudah tiada lagi sumber kewangan tetap dan hanya mengharapkan ihsan dari ibu mertuanya.

Pada tahun 2015, suaminya nekad untuk bekerja di daerah Hsinchu utara Taiwan tanpa pengetahuan isterinya. Namun, isterinya mendapapt tahu perkara tersebut dan memaksa dia berhenti kerja dan pulang ke rumah.

Akibat sikap isterinya itu, lelaki ini akhirnya memfailkan penceraian terhadap isterinya kerana sudah tidak sanggup melayan kerenah isterinya yang pemalas itu.

Sumber: Taipei Time
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "