Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Zurin Jundi Merayu Kurangkan Wang Jaminan

17 Dis 2017
4 ulasan

“YANG Arif, tolong kurangkan wang jaminan, sebelum ini saya baru membayar wang jaminan kes lain dan dalam proses menjual beberapa peralatan untuk membayar ganti rugi pelanggan,” rayu pemilik syarikat perancang perkahwinan, Zurin Jundi yang didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru, Johor, hari ini.

Zurina Ahmad Jundin, 34, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan memperdaya pelanggan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias.

Sebelumnya, wang jaminan berjumlah RM6,000 telah ditetapkan oleh Mohd Azlan Shah selepas tertuduh mengangguk faham pertuduhan dikenakan ke atasnya.

Mohd Azlan Shah kemudiannya menetapkan RM5,000 sebagai wang jaminan selepas mendengar rayuan Zurin Jundi dengan seorang penjamin serta 10 Januari ini sebagai tarikh sebutan semula.

Menurut pertuduhan, pemilik syarikat perancang majlis perkahwinan ini didakwa memperdayakan Erhana Nur Asyatiqah Saidon, 25, untuk menyerahkan wang tunai RM5,000 sebagai bayaran kos upah pakej perkahwinannya yang berlangsung Mac lalu.

Insiden itu dipercayai berlaku di Zurin Jundi Wedding Planner, Taman Mutiara Rini, Johor Bahru.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Mohd Nasir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berpuluh mangsa yang didakwa ditipu menyerbu syarikat Zurin Jundi sehingga tular di media sosial berikutan  syarikat perancang perkahwinan itu gagal menyediakan sajian makanan, pelamin dan gambar perkahwinan seperti yang dijanjikan.

Kebanyakan bakal pengantin yang menjadi mangsa mendesak syarikat perancang perkahwinan itu memulangkan semula duit yang dibayar antara RM2,000 dan RM10,000.

Pada 5 September lalu, peguam Zurin Jundi tampil memohon maaf dan akan membuat pembayaran secara berkala kepada pelanggan yang mendapat perkhidmatan kurang memuaskan.

Sumber- Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Mari bergabung dengan saya di www*F4nsBett1ng*com
    Proses cepat, aman dan terpercaya

    BalasPadam
  2. Promo www.Fanspoker.com :
    - Bonus Freechips 5.000 - 10.000 setiap hari (1 hari dibagikan 1 kali) hanya dengan minimal deposit 50.000 dan minimal deposit 100.000 ke atas
    - Bonus Cashback 0.5% Setiap Senin
    - Bonus Referal 20% Seumur Hidup
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  3. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam
  4. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "