Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) UNIC Akui Ditahan Pihak Berkuasa Turki Kerana Kesilapan Mereka Masuk Ke Syria Melalui 'Laluan Tikus'

15 Dis 2017

Tiga anggota kumpulan nasid terkenal tanah air, UNIC melalui pengalaman yang tidak mungki akan dilupakan apabila ditahan pihak berkuasa Turki apabila menggunakan 'laluan tikus' untuk menuju ke Syria, selain turut memakai baju dengan logo Muslim Care.

Bazli, Najdi dan Fakhrul ketika itu dalam misi untuk menghantar bantuan kepada mangsa perang di Syria namun ditahan pihak berkuasa untuk disiasat. Berita penahanan tersebut turut dikongsi oleh UNIC melalui laman Instagram mereka untuk makluman kepada peminat-peminatnya.

"Kami ditahan atas prosedur biasa kerana laluan yang kami lalu itu merupakan 'laluan tikus' untuk masuk ke Syria.

"Kebetulan kita pakai baju Muslim Care, sebab itu kami ditahan serta alat stabilizer yang dibawa disangka senjata semasa imbasan di lapangan terbang," cerita Fakhrul.

UNIC juga berkesempatan untuk menyatakan rasa terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia atas doa mereka selain berharap misi tersebut dapat dilaksanakan dan bantuan tersebut sampai kepada pihak sepatutnya.

"Maaf kerana lambat update perkembangan terkini tentang penahanan kami. Alhamdulillah, kami sudah dibebaskan.

"Terima kasih atas doa kalian dan sekarang kami sudah selamat sampai di Istanbul, moga perjalanan ini dipermudahkan," kata Najdi pula.

Khamis lalu, kumpulan nasyid tersebut turut memuat naik gambar pasport mereka setelah menyedari ia ditanda oleh pihak imigresen Turki untuk rujukan pihak polis.


Perkongsian mereka yang terbaru mengenai berita penahanan tersebut disambut dengan rasa lega oleh peminat-peminatnya yang turut mengharap misi bantuan tersebut berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

''Amin, semoga selamat perjalanan nanti,'' respon seorang pengguna dengakan akaun bernama zyra_yayazulkifli.

''Semoga dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dilindungi Allah,'' kata bella.zulkefle pula.


A post shared by UNIC (@unicofficials) on

Turut menyertai rombongan misi kemanusian ini adalah Dr Ridhuan dan Presiden Muslim Care, Zulkifli Wahijan selaku wakil Muslim Care Malaysia. UNIC turut memuat naik satu video kenyataan rasmi daripada wakil Muslim Care bagi memberi penjelasan lebih lanjut mengenai penahanan mereka itu.



Sumber : mStar, Instagram UNIC 
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng, s1tus Jud1 b0la 0nline terpercaya

    BalasPadam
  2. DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :) :* :*

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam
  4. Dapatkan Bonus Menarik Setiap Harinya di Liburpoker
    • PROMO BONUS DEPOSIT NEW MEMBER 25%
    • PROMO BONUS HARIAN 10%

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "