Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Berkaki Ayam Dan Redah Hutan 12 Hari Ketika Perut Sedang Sarat Demi Selamatkan Diri Dari Kekejaman Rejim Tentera Myanmar

15 Dis 2017

Penindasan kaum Rohingya sudah tidak asing lagi. Kaum ini diseksa, dan dibunuh dengan kejam di negaranya sendiri. Namun, PBB telah menyifatkan orang Rohingya sebagai kaum yang tidak bernegara dan tidak mempunyai kawan.

Sebagai orang Islam, terutama di Malaysia dan Indonesia sudah pasti bersimpati terhadap nasib yang menimpa saudara seagamanya. Tetapi negara-negara Islam ini tidak mampu menampung pelarian Rohingya yang terpaksa menyabung nyawa berhijrah keluar dari kampung halaman sendiri.


Kisah perjalanan Rabijah, 25, bersama empat anaknya ke kem pelarian Asean Village sememangnya menyentuh hati.

Pada malam sebelum dia meninggalkan rumahnya, dia masih ingat ketika itu guruh sedang berdentum, kilat bersahutan, dia yang sedang duduk di sebalik jendela melihat hujan yang turun semakin lebat serta rejim tentera Myanmar mundar-mandir depan rumah tanpa arah tujuan.

Dengan hati yang gelisah sambil mengusap nak dalam kandungan, hatinya berbicara sendiri.

"Sabar ye nak, ayahmu sedang cari jalan untuk kita semua. Tapi mana suamiku. Masih hidup atau aku sudah bergelar janda."

Melihat empat anak ku sedang lena dalam kesejukan selepas puas menangis kerana kelaparan. Tiba-tiba pintu diketuk, "suamiku atau si askar jahanam yang ingin menjamah tubuhku? Aku berserah."

“Kita lari malam ni juga, kejutkan anak-anak, jangan terpisah walau seinci” kata suamiku.

Pada ketika itu, tangannya ku genggam, anak-anak ku kejutkan. Sehelai sepinggang. Hanya berbekalkan sebuku roti.

Kami berjalan berkaki ayam, meredah hutan mahu ke sempadan.  Adakalanya perutku mencengkam.

Sesekali kami berteduh, anak merengek kelaparan. Diam tak diam sudah 10 hari kami begini. Jalan dan terus berjalan bersama ribuan manusia yang senasib.

Sampai di sempadan kami naik bot. Kami sanggup bersesak macam sardin dalam tin. Penghuninya cecah 45 orang dalam satu bot. Anak-anak erat bersamaku.

Kami berlayar tinggalkan neraka di Rothidaung. Layar malam bertemankan bintang sambil dialun gelombang. Sesekali suamiku usap kandungan yang makin besar.

Setelah genap 12 hari perjalanan, kami tiba di Syamlabu, Teknaf. Ini syurga yang dijanjikan. Aku menghirup udara kebebasan di Cox’s Bazar.


Itulah perjalanan yang ditempuh Ahad lalu, kini bayi perempuan dinamakan Toskidah selamat disambut daima (bidan) di kem pelarian Asean Village.

Keadaan bayi seberat 2.5kilogram itu mengelupas dan dahagakan susu si ibu. Bagaimana dengan si ibu?

Si ibu sudah kembali seperti biasa, tidak bertungku, tidak berpilis jauh sekali berbedak sejuk seperti orang Melayu.

Namun, di sebalik kepayahan dugaan melahirkan, terukir senyuman tanda syukur. Kini Asean Village di bawah kelolaan sukarelawan telah menjelmakan syurga baru buatnya.

Sukarelawan Yayasan Amal Malaysia, Ros Fazilah Mohd Noor, 51, atau lebih mesra disapa Umi datang bertemu Rabijah dengan membawa sumbangan pakaian,tudung selimut atas sumbangan rakyat Malaysia dan Singapura.

Umi kini bergiat aktif membuat program penjagaan ibu mengandung, ibu tunggal dan anak yatim di kem Balukhali ini.

“Bayi kat sini tak pakai nampkin, merek bungkus dengan kain sebab tiada baju bayi. Saya perkenalkan ulam-lam tradisional dan ubatan akar kayu yang mudah didapati di kem ini untuk rawatan lepas beranak.

“Kini kami sedang buat program menjahit pakaian dalam wanita. Bayangkan ratusan wanita dan remaja di kem ini tak pakai pakaian dalam sebab mereka tidak mampu.

“Bagi menjana pendapatan, saya ajar ibu-ibu buat kuih donat, pancake, keropok dan kuih Malaysia untuk dijual. Kami keluar modal dan cari jalan untuk dipasarkan di dalam kem ini,” katanya.

Jelasnya, program ini masih memerlukan sumbangan dan sukarelawan kerana ratusan lagi wanita dan remaja memerlukan perhatian.






Sumber - Sinar Harian
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 5 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng agen jud1 b0la terpercaya di 1ndonesia
    buruan daftar 5ee80afe

    BalasPadam
  2. DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :) :* :*

    BalasPadam
  3. Promo www.Fanspoker.com :
    - Bonus Freechips 5.000 - 10.000 setiap hari (1 hari dibagikan 1 kali) hanya dengan minimal deposit 50.000 dan minimal deposit 100.000 ke atas
    - Bonus Cashback 0.5% Setiap Senin
    - Bonus Referal 20% Seumur Hidup
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  4. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam
  5. Dapatkan Bonus Menarik Setiap Harinya di Liburpoker
    • PROMO BONUS DEPOSIT NEW MEMBER 25%
    • PROMO BONUS HARIAN 10%

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "