Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Suspek Kes Bunuh Berpura-Pura Bisu Selama 12 tahun Untuk Elak Ditangkap Polis

28 Dis 2017
2 ulasan

Akibat berpura-pura bisu selama 12 tahun kerana mengelak daripada ditangkap oleh pihak berkuasa, seorang suspek pembunuh dipercayai benar-benar hilang kemampuan untuk bercakap.

Suspek yang dikenali dengan nama Zheng  memiliki pertuduhan membunuh bapa saudara isterinya, Cai, dalam satu pertengkaran pada tahun 2005.

Semasa hari kejadian, Zheng yang berusia 33 tahun pada ketika itu dipercayai menikam Cai sebelum melarikan diri dari rumahnya Hangzhou, Wilayah Zhejian China namun berjaya ditahan pihak berkuasa.

Bagaimanapun, tertuduh berjaya melarikan diri dan menggunakan identiti baru iaitu Wang Gui yang merupakan seorang pengemis bisu.

Zheng  menetap di sebuah wilayah perkampungan kecil di Wilayah Anhui, 700 km utara Hangzhou, sambil mengekalkan identitinya sebagai seorang yang bisu.

Penyamaran suspek bunuh ini terbongkar selepas polis menjalankan tinjauan isi rumah, awal tahun ini dan mendapati Zheng memiliki dokumen pengenalan diri yang tidak lengkap membuatkan sampel darah dan DNAnya diambil bagi memeriksa identitinya.

Ketika itulah rahsia penyamarannya terbongkar bahawa Wang Gui sebenarnya adalah Zheng, suspek pembunuhan yang telah hilang sejak sedekad lalu.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian polis mendapati sesuatu yang pelik mengenai suspek pembunuh  tersebut kerena setelah  berpura-pura bisu selama lebih satu dekad, dia kelihatan benar-benar hilang keupayaannya untuk bercakap.

Menurut laporan yang dipetik dari Dailymail, lelaki itu tidak dapat bersuara kerana tidak menggunakan vokalnya dalam tempoh masa yang panjang.

Zheng hanya berkomunikasi dengan pegawai polis secara bertulis.

Ditanya mengapa dia berpura-pura menjadi bisu dalam tempoh masa yang panjang, lelaki itu menulis: "Semakin sedikit saya bercakap, semakin kurang peluang saya buat kesilapan."

Tidak jelas sama ada kehilangan upaya Zheng untuk bercakap dapat dipulihkan, tetapi jika berjaya ia tidak benar-benar bermakna kerana dia mungkin berdepan hukuman mati jika disabitkan dengan pembunuhan 12 tahun lalu.

Sumber- Dailymail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Anda inGin puNya kesempatan besar uNtuK menanG hingGa Ratusan juta Rupiah|Ay0 seger4 d4ftar kan diri and4 di WWW.FANSPOKER.COM invite
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  2. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "