Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Siapa Yang Akan Uruskan Jenazah Aku Nanti?" Perkongsian Aidid Marcello Buat Netizen Sebak.

12 Dis 2017
3 ulasan

12 Dis - Setiap yang bernyawa pasti merasai mati dan sebagai umat islam sudah pasti mati di jalan Allah menjadi buruan kita di dunia. Pengurusan jenazah juga amat penting untuk dipelajari pada masa kini. Sebagai ibu bapa mesti kita mengharapkan anak-anak kita yang bakal menguruskan jenazah kita satu hari nanti.

Begitu juga seperti apa yang diharapkan oleh bekas pengacara tv ini, Aidi Marcello yang turut meluahkan rasa yang sama di laman sosial. Beliau yang baru sahaja melihat semua proses menguruskan jenazah terdetik di hati beliau untuk berkongsi pengalaman beliau sepanjang proses pengurusan jenazah itu berlangsung. Jom ikuti perkongsian seorang ayah dan juga selebriti terkenal ini menerusi akaun Instagram beliau.

Innalillahiwainnailaihirajiun. (Muhasabah utk diri sendiri)
Adakah kita sudah bersedia??? Semalam aku ambil kesempatan untuk melihat semua proses pengurusan jenazah (kecuali mandi), pada ketika itu, aku bayangkan itu aku. Apa yg aku ada ketika itu? Siapa yg aku ada ketika itu? Siapa dan berapa ramaikah yg kisah untuk membantu uruskan jenazah aku ketika itu.

Aku terbayang anak2 lelaki aku sebagai hadiah Allah untuk aku besarkan dengan penuh tanggungjawab. Aku mahukan mereka yg memandikan aku, mengkafankan aku, menjadi imam ketika untuk solat terakhir kepadaku, membawa aku turun dengan penuh kasih sayang ke liang lahad sambil tak putus2 doa untuk ku.



Tapi paling sedih…(realitinya) dari apa yg aku dapat lihat secara kebiasannya, tidak lama orang akan ingat kepada kita setelah kita ditanam. 3 hari? (Sebab tahlil), seminggu? Sebulan mungkin masih bersedih? Sebab selepas itu, masing2 sudahpun menyambung kembali urusan duniawi yang merupakan pentas permainan sementara untuk kita. Kita yang didalam? Tak payah tunggu 5 min, 3 hari, seminggu… hanya 7 langkah org terakhir yg meninggalkan kubur kita, akan mulalah sesi soal jawab kita bersama Munkar & Nakir ?


Marilah kita sama2 persiapkan diri kita. Saya paling suka dengar bacaan Talkin. Apa kata jom kita baca dan faham sambil2 kita bersiap dengan soalan kubur yg PASTINYA akan ditanya.
AL-FATIHAH. Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga arwah.

Begitulah perkongsian beliau untuk dijadikan pedoman buat kita semua yang masih hidup. Perkongsian ini juga telah mendapat perhatian daripada netizen yang turut meluahkan rasa sayu dan sedih selepas membaca apa yang Aidid cuba sampaikan.



Sumber: MediaTembikai
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng agen jud1 b0la terpercaya di 1ndonesia
    buruan daftar 5ee80afe

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  3. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "