Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Risau Kalau Tak Bagi, Mereka Akan Rosakkan Kereta" Kisah Geng 'Tarik Bulan' Cas RM2 Jaga Parkir Kereta

20 Dis 2017
2 ulasan

Melaka: "Abang parking (parkir) RM2 je." itulah antara bait ayat yang diungkapkan oleh kumpulan penghidu gam atau lebih dikenali dengan panggilan kumpulan 'tarik bulan' ketika ingin meminta upah kononnya menjaga kenderaan orang awam atau pelancong yang diparkir di situ.

Kumpulan ini digelar kumpulan tarik bulan kerana gelagat mereka dimana tangan kiri memegang gam manakala tangan kanan pula melambai-lambai ke arah pemandu yang sedang mencari parkir.

Mereka mula aktif dengan aktiviti menjaga parkir di sekitar Plaza Mahkota, Banda Hilir, di sini, sejak tiga tahun lalu dankumpulan penghidu gam ini dipercayai serpihan kumpulan yang menguasai sekitar Air Pancut Berirama di Kampung Jawa.

Setiap hari, kumpulan ini dikatakn berkeliaran di kawasan parkir untuk meminta upah dan wang yang diperoleh kemudiannya digunakan bagi membeli makanan dan gam basikal untuk dihidu.

Meskipun mereka tidak pernah bertindak agresif, rata-rata pemilik kenderaan memberikan upah RM2 yang diminta mereka kerana bimbang kenderaan yang diparkir akan dirosakkan oleh penghidu gam tersebut.

Menurut seorang pelancong yang berasal dari Pendang, Kedah iaitu Mohd Johari Mansur, 37, dia menyerahkan upah RM2 diminta selepas merka dihampiri oleh kumpulan ini.

“Mahu atau tidak saya bagi saja duit kepada mereka kerana khuatir kereta kami dirosakkan sehingga menyebabkan kerugian berlipat kali ganda daripada nilai upah diminta.

“Lagi pun, saya khuatir keselamatan anak-anak memandangkan ahli kumpulan itu berkeliaran di sekitar kawasan ini dalam keadaan khayal akibat menghidu gam tanpa pengawasan pihak berkuasa,” katanya.

Dalam pada itu, menurut beberapa pengusaha hotel disitu, tindakan kumpulan tersebut yang meminta upah parkir mwujudkan rasa kurang senang dan menakutkan pelancong menginap di sekitar kawasan terbabit.

Malah, sebelum ini pernah berlaku beberapa insiden pelancong dikasari oleh kumpulan terbabit kerana tidak mengendahkan permintaan mereka.

Pengusaha hotel yang hanya mahu dikenali sebagai Zahari, 31, berkata, perbuatan ahli kumpulan itu yang terang-terangan menghidu gam di khalayak ramai turut mengundang rasa tidak senang pelancong.

“Mereka dengan selamba tarik bulan depan orang awam yang lalu-lalang. Kalau ditegur supaya berhenti melakukan perbuatan itu atau perasan gelagat diperhatikan mereka akan senyum sebelum beredar.

“Bagi membantu golongan itu menghilangkan ketagihan, ada antara kami pernah mengambil mereka bekerja, tetapi semuanya tidak mampu bertahan lama dan kembali hidup dalam dunia sendiri dengan menghidu gam,” katanya.

Sumber- Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Daftar sekarang dan pasang jagoammu
    minimal depo/wd hanya 50rb (F4ns Bett1ng)

    BalasPadam
  2. DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :) :* :*

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "