Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Masih Pantau, Penduduk Sila Waspada," METMalaysia Jawap Isu Tular Kemungkinan Ribut Taufan Trofika Kai-Tak Landa Malaysia

20 Dis 2017

Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) hari ini mengeluarkan satu kenyataan media susulan tularnya khabar bahawa Ribut Trofika Kai-Tak dikatakan akan melanda kawasan Pantai Timur Semenanjung manakala taufan pula dijangka akan melanda negeri Sabah pada hujung minggu ini.

Sehubungan itu, MMD memaklumkan pihaknya masih memantau situasi kedua-dua fenomena cuaca tersebut memandangkan ramalan pergerakkan dan intensiti sesuatu siklon tropika sentiasa berubah-berubah.

MMD juga memaklumkan bahawa perubahan tersebut berlaku berdasarkan ketidaktentuan corak atmosfera dari semasa ke semasa terutamanya dalam ramalan cuaca yang melebihi tiga hari.

Melalui kenyataan media tersebut juga MMD turut menjelaskan bahawa sistem bertekanan rendah yang kini berada di Lautan Pasifik Barat yang diramal akan melanda Sabah pada 22 hingga 24 Disember ini masih belum mencapai tahap taufan lagi menyebabkan arah pergerakannya masih belum dapat dikenal pasti.

Menurut kenyataan itu lagi, MMD akan mengemas kini semua maklumat berkaitan cuaca terutamanya siklon tropika yang berhampiran dengan negara setiap 3 jam melalui laman web rasmi dan aplikasi telefon myCuaca.

MMD juga memberitahu bahawa pihaknya akan mengeluarkan amaran awal sekiranya sesuatu siklon itu boleh memberi kesan kepada negara contohnya hujan lebat, angin kencang dan laut bergelora. Setakat ini, Amaran Cuaca Buruk yang dikuatkuasakan hanya tertumpu di utara dan barat Sabah serta utara Sarawak dimana hujan lebat dijangka berterusan sehingga 20 Disember. Amaran ini juga akan dikemaskini dari semasa ke semasa berdasarkan jangkaan pergerakkan dan intensiti Ribut Tropika Kai-Tak.

Oleh itu, MMD menasihati penduduk di kawasan berkenaan agar peka dan berwaspada dengan impak hujan lebat dan angin kencang sekiranya amaran dikeluarkan. MMD juga menggesa orang ramai agar memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat cuaca yang terkini.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam
  2. hai salam kenal ya,yuuk gabung di poker online kami di www.fanspoker.com || agen poker resmi dan terpercaya hanya di sini tempatnya,
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "