Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Hampir Dua Bulan, Tetapi Tiada Apa-Apa Tindakan'', Bakri Ibni Persoal FAM Apa Sudah Jadi Dengan Kes Safiq Rahim

20 Dis 2017
4 ulasan

Lagenda bola sepak negara, Bakri Ibni hari ini tampil mempersoal sikap membisu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung insiden melontarkan perkataan berbaur lucah yang dibuat oleh kapten Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim ketika meraikan kejuaran Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, 4 November ini.

Uajrnya, selepas hampir dua bulan kejadian tersebut berlaku, beliau masih ternanti-nanti apakah tindakan yang bakal dilaksanakan oleh FAM dalam menyelesaikan isu kontroversi yang turut mengundang rasa marah dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.

"Sebagai peminat bola sepak saya hendak tahu perkembangan kes itu. Saya rasa bukan saya seorang, malah peminat lain pun tertanya-tanya apa kesudahannya.

"Sudah hampir dua bulan berlalu tapi nampaknya ia senyap begitu saja. Persoalannya, adakah Jawatankuasa Disiplin FAM sudah membincangkannya atau kes ini dibiarkan senyap begitu saja?

"Mungkin saya terlepas pandang atau tidak mengikuti perkembangan. Mungkin juga FAM sudah mengambil tindakan tanpa menghebohkan kepada umum.

"Tapi, setahu saya, FAM tidak pernah membuat sebarang kenyataan berhubung insiden ini selepas ia heboh diperkatakan selain ramai mendesak agar badan induk itu mengenakan tindakan disiplin ke atas Safiq," katanya.

Dalam insiden tersebut, Safiq didapati mengeluarkan perkataan lucah dan kasar ''P..... kepada semua pengkritik, wa (saya) champion (juara)'' di hadapan wakil media yang sedang merakam suasana kemenangan JDT ketika itu. Rakaman tersebut ternyata mengundang pelbagai kecaman daripada orang ramai.

Bakri turut menambah bahawa tindakan beliau membangkitkan semula isu ini bukan berniat memanaskan keadaan, sebaliknya berpendapat bahawa FAM perlu melakukan sesuatu supaya intergriti dan nama baik persatuan tersebut terpelihara.

"Ia bagi mengelak FAM dituduh mengamalkan sikap pilih kasih atau berat sebelah kerana beberapa kes sebelum ini sudah dikenakan tindakan disiplin termasuk kes seorang pemain menunjukkan isyarat lucah kepada penonton.

"Jadi, saya berharap FAM tidak terlepas pandang isu ini atau menutup mata begitu saja. Paling tidak, Safiq perlu diberi amaran keras atas perbuatannya itu," katanya lagi.

Dalam pada itu, Bakri juga meminta Safiq agar berani tampil untuk membuat permohonan maaf kepada para penyokong.

"Sebagai pemain senior, apatah lagi kapten skuad JDT dan kebangsaan, Safiq perlu mempunyai jiwa besar untuk tampil mengakui kesilapannya serta memohon maaf. Dengan cara ini, peminat akan lebih menghormati dia," kata Bakri.

Sumber : BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Daftar sekarang dan pasang jagoammu
    minimal depo/wd hanya 50rb (F4ns Bett1ng)

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  3. hai salam kenal ya,yuuk gabung di poker online kami di www.fanspoker.com || agen poker resmi dan terpercaya hanya di sini tempatnya,
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  4. DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :) :* :*

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "