Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Gambar) Terharu, Ratusan Warga Pendidik Hadir Ke Perkarangan Mahkamah Tanda Sokongan Kepada Cikgu Azizan

19 Dis 2017
3 ulasan


19 Dis - Seperti kita ketahui, kes Cikgu Azizan telah berakhir sebentar tadi selepas mahkamah Majistret Seremban telah membebaskan beliau daripada sebarang pertuduhan selepas dipercayai kes telah ditarik balik oleh waris murid terlibat.

Namun, apa yang begitu mengharukan adalah sokongan daripada ratusan orang ramai, warga pendidik yang hadir ke perkarangan mahkamah dan sokongan penuh daripada pihak Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia(NUTP) sendiri.

Mereka memenuhi perkarangan Mahkamah Majistret Seremban 2A, Negeri Sembilan bagi memberikan sokongan moral kepada Cikgu Azizan untuk beliau menghadapi hari perbicaraannya hari ini.

Cikgu Azizan atau nama sebenarnnya Azizan Manap sebelum ini dilaporkan akan dihadapkan ke mahkamah kerana didakwa menampar pelajarnya yang dikatakan menghidu gam, membuli pelajar lain dan ponteng sekolah. Ibu bapa pelajar berkenaan telah membuat laporan polis mendakwa Cikgu Azizan di bawah akta Seksyen 323 Kanun Keseksaan itu boleh dipenjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.




Berikut adalah kronologi kes Cikgu Azizan yang dipetik dari sumber Pendidik2u.

31 Oktober 2017: Sebutan Kes. Berhadapan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Jenayah di Mahkamah Majistret Seremban.

Beliau tidak menyangka disabitkan atas seksyen tersebut. Mengaku tidak bersalah di atas tuduhan itu sebaik sahaja Hakim membicarakan dan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM500

Semasa proses ikat jamin oleh seorang rakan, beliau telah di tempatkan di lokap mahkamah bersama-sama pesalah jenayah lain yang terlibat dengan dadah dan lain-lain.

Dalam lokap itu ada lebih kurang 13 org pesalah .Tangan beliau DIGARI bersama seorang pesalah dadah sepanjang perjalanan dari lokap mahkamah ke lobi mahkamah untuk urusan ikat jamin yang jaraknya 100 meter.

Dakwaan ke atas beliau dibuat atas tuduhan mendenda seorang murid. Untuk pengetahuan sahabat semua, beliau mendenda murid tersebut atas kesalahan:
Menghidu gam dalam kawasan sekolah dan turut mempengaruhi murid lain (3 orang) supaya turut serta.Kesalahan tersebut dilakukan sejak 2016.
Buli.
Memukul murid lain.
Ponteng dengan memanjat pagar sekolah.

27 November 2017: Dokumen pertuduhan telah diserah kepada beliau.

19 Disember 2017: Perbicaraan akan bermula, Cikgu Azizan dibebaskan daripada sebarang pertuduhan, Majistret Mohd Zaki Abd Rahman membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Hazeelia Muhammad, memaklumkan pendakwaan menerima arahan daripada Jabatan Peguam Negara untuk menarik balik pertuduhan berkenaan.












Sumber: Pendidik2u
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. memang kemenangan itu pasti..tp sepatutnya semua tak perlu bermula dari awal...dah memang budak tu isap gam..gampang punya parent

    BalasPadam
  2. dengan minimal deposit 10.000 segera dicoba keberuntungannya bersama kami
    dan menangkan uang hingga jutaan rupiah bersama dewapk**
    dengan pin bb D87604A1 ditunggu ya ^^

    BalasPadam
  3. dengan minimal deposit 10.000 segera dicoba keberuntungannya bersama kami
    dan menangkan uang hingga jutaan rupiah bersama dewapk**
    dengan pin bb D87604A1 ditunggu ya ^^

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "