Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mangsa Kena Cabul Dalam LRT Minta Tolong, Dakwa Orang Awam Hanya Tertawa

19 Dis 2017
3 ulasan

Seorang wanita berusia 25 tahun berdepan detik cemas apabila dicabul oleh seorang lelaki ketika menaiki tren Transit Aliran Ringan (LRT) dari Pasar Seni menghala ke Masjid Jamek Jalan Tun Perak, di sini, Khamis lalu.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.30 petang dimana suspek yang menyamar sebagai penumpang tren sama menghampiri mangsa bersama rakannya.

Menurut sumber, suspek dipercayai bertindak membuka seluar dan menggosok kemaluannya ke arah mangsa secara mendadak.

 "Susulan itu, mangsa menjerit meminta bantuan. Namun dia mendakwa orang awam yang berada di lokasi hanya tertawa melihat gelagat itu.

"Namun sewaktu petugas tren cuba membantu mangsa, suspek bertindak melarikan diri.

Susulan itu mangsa membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee, pada jam 1.42 pagi, Jumaat lalu," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Shahrudin Abdullah mengesahkan  kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenalpasti identiti suspek.

"Pihak polis juga turut menerima laporan daripada seorang wanita berusia 20 tahun yang mendakwa dicabul sewaktu berada di Stesen LRT Masjid Jamek, pada 7 petang, hari sama.

"Susulan itu, pihak polis sudah mendapat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian bagi mengenal pasti identiti suspek. 

"Kes berkenaan sudah dirujuk ke Bahagian Siasatan Seksual, Keganasan Rumahtangga dan Penderaan Kanak-Kanak (D11) untuk siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana cabul," katanya menerusi satu kenyataan yang dipetik dari laporan Harian Metro.

Kejadian turut tular di media sosial apabila mangsa dan rakan memuat naik status mengenai kejadian itu di laman Twitter serta memaklumkan kepada pihak Prasarana Malaysia Berhad.

Sumber- Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Orang Awam Yang Hanya 'Tertawa' tu tunggu sahajalah ahli keluarga depa kena pulak atau diri depa sendiri yang kena baru depa tau....

    BalasPadam
  2. dengan minimal deposit 10.000 segera dicoba keberuntungannya bersama kami
    dan menangkan uang hingga jutaan rupiah bersama dewapk**
    dengan pin bb D87604A1 ditunggu ya ^^

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "