Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Foto) Berhawa Dingin, Bersih, Tandas Petron Tongkang Pechah Diiktiraf Tandas Stesen Minyak Paling Bersih

18 Dis 2017
4 ulasan

Dengan kebersihan yang sangat memberangsangkan, stesen minyak Petron Tongkang Pechah berjaya memukau pengunjung serta mengalahkan tandas-tandas stesen minyak yang lain.

Tandas stesen minyak itu dinamakan sebagai juara bagi kategori stesen minyak untuk pertandingan Tandas Bersih 1Malaysia 2017 hari ini.

Bersyukur dan bergembira dengan prestasi tandasnya itu, pemilik premis, Ng Chiew Fong berkata usaha pihaknya seja mula beroperasi pada 2013 membuahkan hasil.

Stesen minyak kami meniru konsep premis sama di Filipina, dan mencontohi projek perintis syarikat Petron di Selangor. Kami amat menitikberatkan keselesaan pelanggan yang singgah bukan semata-mata untuk mengisi petrol dan diesel.

Tetapi mereka perlukan ruang dan keselesaan untuk berehat, membersih dan menyegarkan diri sebelum memulakan perjalanan semula. Apa yang penting, kami mahu pelanggan rasa gembira apabila meninggalkan stesen minyak kami,” katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Menurut Chiew Fong, tandas itu turut menyediakan kemudahan seperi pendingin hawa, kafe dengan harga berpatutan ruang mengisi angin dan vakum serta ATM.



Kami juga sentiasa mengadakan acara menghargai pelanggan seperti memberi minuman dan mengilatkan tayar kenderaan secara percuma, memberi diskaun dan cabutan bertuah, selain turut mengadakan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada masyarakat setempat,” katanya.

Hasil carian kami di media sosial turut menunjukkan orang ramai memuji stesen minyak terbabit. Antaranya adalah komen dari @vixxroyale yang berkata "ianya stesen minyak yang paling bagus pernah saya tengok".


 Malah, stesen minyak itu juga turut mempunyai Facebook mereka sendiri iaitu di https://www.facebook.com/pg/PetronTongkangPecah yang dilihat begitu aktif dalam mengemaskini status.






Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng agen jud1 b0la terpercaya di 1ndonesia
    buruan daftar 5ee80afe

    BalasPadam
  2. proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam

  3. www.fanspoker.com poker online terpercaya,
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  4. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "