Diserang 'Ustaz' Dan 'Ustazah' Instagram Kononnya Terpesong Akidah Bergambar Dengan Pokok Krismas, Aeril Zafrel Mohon Maaf
Suami kepada Wawa Zainal, Aeril Zafril tampil membuat permohonan maaf melalui satu kemas kini di akaun Instagramnya selepas tindakkan dia berkongsi gambar anaknya bergambar bersama pokok Krismas mendapat komen negatif daripada sesetengah netizen.
Malah, pelakon tersebut turut menjelaskan bahawa pokok krismas tersebut terletak di hotel di mana mereka menginap, bukannya berada di rumahnya.
"Saya minta maaf ya. Kalau disebabkan gambar anak saya bergambar dengan pokok krismas ini boleh terpesong dari agama.
"Untuk pengetahuan pokok Krismas itu bukan kat rumah saya. Pokok itu kami jumpa kat hotel tempat kami duduk," kata Aeril yang permohonan maafnya ditujukan kepada sesetengah pihak yang menganggap dia sekeluarga sudah terpesong dari ajaran agama hanya kerana membenarkan anaknya bergambar dengan pokok krismas.
Pemilik nama sebenar Suhairil Sunari, 29, ini terdahulu mendapat perhatian netizen apabila memuat naik gambar anak perempuannya, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 2, dengan pokok krismas di laman Instagramnya.
Tindakannya itu mendapat kecaman beberapa netizen yang mendakwa bahawa pelakon drama bersiri Mandatori itu sudah terpesong kerana menyambut perayaan tersebut.
Segelintir peminatnya yang lain bagaimanapun mengkritik komen negatif tersebut dengan menganggap bahawa ia bukan satu kesalahan jika hanya sekadar bergambar dengan pokok tersebut.
"Tak kan bergambar pun tak boleh? Saya ni kalau jumpa pokok Krismas besar saya pun bergambar ukan nak niat meraikan atau apa.
"Rasa tak ada pula terpesong akidah saya. Tapi org sekarang suka menghukum orang dengan alasan yang tak masuk akal," kata netizen pemilik akaun @sitinurulain269.
"Keluarga saya pakai purdah ambil gambar kat pokok itu tak ada masalah la,'' kata seorang lagi netizen pemilik kepada akaun @aja_jo92.
Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Ahmad Fakharuddin Attar, 4, dan Hayla selepas mendirikan rumah tangga pada tahun 2012.
Sumber : mStar
proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0
BalasPadamagen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877
Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
BalasPadamsegera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**