Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Awak Boleh Anggap Saya Kawan'', Bieber Pelawa Keaton Jones, Mangsa Buli Viral Jadi Kawan Di Instagramnya

12 Dis 2017

Keaton Jones, mangsa buli yang video rintihannya menjadi viral kini mendapar rakan yang tak disangka-sangka apabila selebriti pujaan para gadis, Justin Bieber menganggapnya sebagai seorang kawan selain meluahkan rasa kagum dengan keberanian Jones bersuara.

Bieber yang mempunyai pengikut seramai 94 juta orang di akaun Intagramnya telah memuat naik satu 'story' bertujuan untuk memberikan semangat kepada remaja tersebut.

''Anda seorang lagenda, biarkan mereka (pembuli). Mereka hanyalah kanak-kanak yang nakal. Pertamanya anda adalah seorang lagenda, anda seorang ikon. Anda telah memberi inspirasi kepada orang ramai melalui mesej yang anda cuba sampaikan'', kata Bieber melalui 'story' tersebut.

Tidak lama selepas itu, satu kemas kini penyanyi antarabangsa tersebut melalui akaun Instagramnya, Bieber meminta Jones menghubunginya dengan cara menghantar pesanan terus atau DM.

"Awak boleh anggap saya kawan. Hubungi saya melalui direct message dan kita boleh berbual. Saya sayang awak!" tulis penyanyi itu.


A post shared by Justin Bieber (@justinbieber) on

Bukan itu sahaja, seorang atlet American Football Amerika Syarikat, Jarrett Guarantano juga menjadi antara individu berprofil tinggi di negara Uncle Sam itu yang kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh Jones.

Malah Guarantano turut meluangkan masa untuk bertemu sendiri dengan Jones dan menganggap Jones kini sebagai adiknya sendiri.

"Dia sangat istimewa dan pertemuan ini telah mengubah hidup saya. Sekarang saya sudah ada adik yang sudah lama saya nantikan," tulis Guarantano melalui kemaskini di Twitter.

Antara selebriti lain yang turut melahirkan rasa prihatin terhadap kejadian yang menimpa Jones adalah Katty Perry, Chris Evans, Enrique Iglesias, Ryan Seacrest dan Rihanna.



Sumber : Billboard
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng agen jud1 b0la terpercaya di 1ndonesia
    buruan daftar 5ee80afe

    BalasPadam
  2. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "