Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) "Kawan- Kawan Ejek Kata Hidung Dan Muka Saya Yang Hodoh," Rintihan Remaja Ini Sentuh Hati Selebriti Dunia.

12 Dis 2017

12 Dis - Seorang lelaki dari Knoxville, Tenessee mempunyai sifat ingin tahu apa yang pembuli rasakan sewaktu mengejek dan mencaci insan sepertinya yang memiliki wajah tidak normal.

Satu rakaman video yang telah menyentuh hati ramai pihak, dimana budak lelaki itu meminta agar tidak lagi dibuli dan diejek. Video itu telah mendapat perhatian di seluruh laman sosial dan menjadi tular baru-baru ini.



Video itu menunjukkan Keaton Jones bertanya kepada ibunya, Kimberly Jones mengapa beliau sering dibuli dan apakah sebab dia dibuli. "Hodoh sangatkah wajah saya?" tanyanya.

Dalam keadaan menangis teresak-esak, Keaton terus bertanyakan kepada ibunya, "mengapa ada yang berasa gembira apabila membuli kanak-kanak yang tidak bersalah? Perbuatan membuli itu tidak bagus," kata beliau.

Video yang berdurasi selama 2 minit itu telah dikongsi oleh ibu beliau di akaun Facebook nya dan mendapat tontonan lebih 16 juta tontonan.

Keaton berkata, manusia seperti dia tidak patut dibuli, dan bukan dia minta untuk dilahirkan sedemikian rupa. Manusia seperti itu tidak patut dikritik.

“Saya diejek kerana hidung saya dan mereka berkata saya mempunyai wajah yang hodoh. Mereka turut membaling roti dan menuang susu ke atas saya semasa waktu rehat di sekolah," tambah beliau.

Video itu juga turut mendapat perhatian bintang-bintang terkemuka dunia seperti bintang hip hop Snoop Dog, Chris Brown, Patrick J Adams dan Milley Bobby. Mereka turut memberikan kata-kata semangat kepada Keaton di laman sosial masing-masing.





Sumber: Independent UK
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng agen jud1 b0la terpercaya di 1ndonesia
    buruan daftar 5ee80afe

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "