Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Oumuamua, 'Pelawat' Dari Luar Sistem Solar Lawat Sistem Suria Buat Pertama Kali

23 Nov 2017

Ahli astronomi baru-baru ini berjaya mengesan sebuah objek pelik yang dipercayai berasal dari sistem berbeza dan berjaya memasuki sistem solar, buat kali pertama.

Data-data yang dikumpul oleh ahli astronomi ini menunjukkan objek asing itu terdiri daripada batuan, berbentuk seperti sebatang rokok dan berwarna kemerah-merahan. Dinamakan dengan nama Oumuamua, nama tempat dimana teleskop yang diguna pertama kali untuk mengesannya berada, objek tersebut mempunyai ketinggian hampir 400 meter dan mempunyai kelebaran 10 kali ganda dari ketinggiannya.

 Malah objek tersebut dikatakan lebih besar daripada mana-mana asteroid atau komet yang pernah dikesan didalam sistem solar. Walaupun bentuknya agak unik, namun ahli astronomi percaya kehadiran objek tersebut dapat memberi petunjuk kepada proses pembentuka sistem lain.


Objek tersebut mula dikesan pada 19 Oktober lalu melalui teleskop Pan-STARRS 1 yang terletak di Hawaii serta dibantu dengan beberapa buah teleskope lain sebelum ia hilang daripada pandangan. Ia disahkan bergerak pada kelajuan 137,920 kilometer per jam, ketika melalui sistem solar kita. NASA mencadangkan bahawa objek ini terapung di dalam Galaksi Bima Sakti tanpa terikat dengan mana-mana sistem untuk ratusan juta tahun lamanya sebelum ia mula memasuki sistem suria.

''Untuk berdekad-dekad lamanya kami berteori mengenai kewujudan objek antara bintang (interstellar) dan sekarang, buat kali pertama, kami mempunyai bukti sahih mengenai kewujudannya.

''Ia merupakan sejarah buat manusia dan membuka jendela baru untuk penyelidikan mengenai sistem lain yang ada di luar sana'', kata Thomas Zurbuchen, salah seorang pegawai di NASA.

Dengan bantuan beberapa teleskop gergasi berkuasa tinggi termasuklah teleskop yang ada di Chile, Karen Meech dan beberapa lagi ahli astronomi yang lain dapat menentukan bahawa objek tersebut mempunyai kecerahan 10 kali ganda daripada biasa yang disebabkan putarannya. Tiada asteroid atau komet yang wujud di dalam sistem solar yang diketahui mempunyai tahap kecerahan seperti itu ketika berpusing.

''Kecerahan luar biasa ini bermakna objek ini mempunyai saiz yang besar, dengan bentuk yang komplek. Kami juga mendapati ia mempunyai warna kemerah-merahan, yang mana konsisten dengan objek yang berada di luar sistem solar dan dapat dipastikan bahawa ia bersifat lengai, dan tidak mengeluarkan sebarang debu ketika berputar'', kata Meech.


Ciri-ciri ini mencadangkan bahawa Oumuamua adalah objek padat, terdiri daripada batu ataupun logam, tidak mempunyai air atau ais dan berwarna kemerahan akibat sinaran radiasi kosmik sejak ratusan juta tahun.

Walaupun ia bergerak pantas ketika melintasi bumi, beberapa teleskop gergasi di bumi dan dua teleskop angkasa milik NASA (Hubble dan Spitzer) kekal memerhati pergerakan objek itu. Ia dikatakan terletak kira-kira 200 juta kilometer dari bumi.

Oumuamua melintasi planet Marikh pada 1 November dan diramal akan melintasi planet Jupiter pada Mei tahun hadapan kemudian melintasi orbit planet Saturn pada Januari 2019 sebelum meninggalkan sistem solar menuju ke konstelasi Pegasus.

Perkiraan data awal yang dibuat melalui pemerhatian orbital mencadangkan bahawa objek asing ini berasal daripada bintang Vega, utara konstelasi Lyra.

Objek asing ini selain diberi nama Oumuamua yang bermaksud ''utusan pertama tiba dari jauh'', ia juga diklafikasikan dengan kod nama 1I/2017 U1 oleh International Astronomical Union (IAU), sebuah badan yang bertanggungjawab memberi nama kepada objek-objek yang ditemui didalam dan diluar sistem solar.

Ahli astronomi berpendapat bahawa sekurang-kurangnya satu objek dari sistem asing memasuki sistem suria setiap tahun namun gagal dikesan sebelum ini kerana mempunyai warna yang pudar dan sukar dikenal pasti.

''Penemuan yang menakjubkan. Ia pelawat asing yang aneh, tidak seperti apa yang pernah dilihat di dalam sistem solar kita sendiri'', kata Paul Chodas, seorang lagi saintis yang berkhidmat dengan NASA.



Sumber : NASA

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
    Jangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..

    BalasPadam
  2. yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "