Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Niat Kutip Sampah Bersihkan Laut, Rupanya Terkutip Muntah Paus, Dari Nelayan Terus Jadi Jutawan

17 Nov 2017

Nasib seorang nelayan di Bengkulu, Indonesia berubah sekelip mata sejak dia menemui beberapa ketulan seperti lilin ketika keluar menangkap ikan. Ketulan yang pada awal disangkannya cumalah sampah, rupanya-rupanya adalah muntah ikan paus yang mempunyai nilai yang tinggi dalam pasaran. Ia mampu mencecah harga ribuan ringgit bagi satu kilogram.

Sukardi yang berasal dari Kabupaten Kaur memperoleh pendapatan sebanyak Rp 22 juta bagi setiap satu kilogram muntah ikan paus yang dijualnya. Setakat ini, Sukardi sudahpun memperoleh pendapatan sebanyak Rp 3.3 bilion ( kira-kira RM 927 ribu) hasil penjualan 150 kilogram muntah ikan paus.

Dengan dia masih lagi memiliki simpanan muntah ikan paus sebanyak 200 kilogram, Sukardi dijangka mampu mendapat pulangan sekitar Rp 6 bilion rupiah (RM 1.85 juta) selepas dia bercadang untuk meningkatkan harga jualannya kepada Rp 30 juta sekilogram.


Muntah ikan paus ternyata mendapat permintaan yang tinggi kerana ia digunakan sebagai salah satu bahan dalam pembuatan barang kosmetik dan pewangi kerana sifatnya yang mampu memanjangkan bau wangian supaya kekal lama. Malah, para saintis turut menggelarkan muntah ikan paus ini sebagai emas terapung kerana harganya yang tinggi.

Pada tahun 2016, seorang nelayan di Oman berjaya mendapatkan pulangan sebanyak AS$  2.5 juta (RM 10.4 juta) setelah menjual 80 kilogram muntah ikan paus seberat 80 kilogram yang ditemuinya. Manakala seorang lelaki di Britain pada 2013 memperoleh sebanyak £100,000 (RM549,623) setelah menjumpai bahan tersebut seberat 2.7 kilogram.

BACA: Lelaki Bakal Jadi Jutawan Selepas Jumpa Muntah Paus 60 KG

Menurut laporan media di sana, Sukardi dikatakan menemui muntah ikan paus ataupun ambergis itu terapung di antara Pulau Dua dan Pulau Enggano pada 2 September lalu. Muntah ikan paus itu dikatakan berselerak di lautan ketika ditemuinya.

“Saya sangka objek putih ini sampah dan mengutip memasukkannya ke dalam bot kerana mahu membersihkan laut.

“Sampai di rumah, saya melayari Internet dan baru sedar ia adalah muntah paus yang mahal harganya,” katanya.

Ujarnya lagi, muntah ikan paus itu mempunyai sifat seperti lilin. Apabila ia di bakar, ia menyala dan mula mencair.

Katanya, semenjak berita penemuan muntah ikan paus itu tersebar, dia menerima banyak panggilan yang mahu membeli simpanan muntah ikan paus miliknya.

“Saya masih simpan 200 kilogram di rumah dan bersedia menjual sekiranya ada yang menawarkan harga yang berpatutan,” jelasnya.




Sumber : Banjarmasin Post
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "