Tidur Yang Berkualiti Penting Untuk Tumbesaran, Wanita Kongsi Cara Disiplinkan Anak Tidur Awal
Setiap ibu-bapa yang mempunyai anak kecil pasti tahu betapa sukarnya untuk menidurkan anak dengan lena supaya mereka tidak berjaga atau terjaga pada tengah malam.
Sekiranya anak yang sukar tidur awal dan sering berjaga pada tengah malam dibiar berterusan akan menganggu perkembangan mereka selain ibu bapa juga berasa penat kerana perlu keluar bekerja pada awal pagi.
Tidur malam yang normal menjadi perkara penting yang diperlukan oleh tubuh manusia, bukan sahaja anak kecil malah orang dewasa juga memerlukannya untuk kekal bertenaga pada keesokan hari.
Tetapi, terdapat segelintir ibu bapa yang kurang tahu tips mudah untuk mengajar anak kecil mereka tidur awal dan lena.
Bagaimanapun, perkongsian dari Nuraisyah Abu Husin, sedikit sebanyak akan memberi ilmu baru untuk mendisiplinkan anak tidur awal.
Mari kita baca perkongsian yang bermanfaat ini.
Selalu kawan-kawan aku tanya, apa yg aku buat sampai anak-anak aku confirm akan tido setiap hari Jam 7.40-8.30 malam. Dulu, aku pun takau tips ni.. masa adam kecik dulu, selalu sangat dia terjaga malam atau tido lambat.. Endingnya, pagi aku dan laki aku jadi zombie.. dia sedap tido pagi.. kitorang? kena keje kan..
So aku banyaklah membaca tips-tips dari parents lain kat fb ni.. and aku apply and alhamdulillah mmbuahkan hasil.. dah berbulan-bulan anak aku displin tido awal.. Kitorang laki bini pun dapat me-time lebih selalu.
Okay, caranya macamni..
1) Korang balik keje pukul 5/6 petang tu memang kena spend masa betul-betul dgn anak-anak. Tolak benda lain ketepi, ajak la dorang main kat playground ke, main basikal ke, menari ke, apa-apa aktiviti yang memerlukan tenaga yang banyak. Ini untuk anak yang dah pandai berjalan.
2) Untuk baby macam ayra (5 bulan), aku try cara ni dan sangat la berkesan. Sejam sebelum nak tidokan dia, mandikan dulu dengan air suam, jangan lupa sapu minyak telon. Kena jaga perut baby supaya tak kembong. Then, sila buat dia ketawa. Ketawa, guling, happy (bukan tinggalkan dia main sndri ye, kita kena layan dia) . Aktiviti ni heavy untuk baby, bagi dia mcm ahhhh penatnya hari ni banyak gelak. Haha so smpai masa dia akan tido lena.
3) Balik semula untuk anak umur mcm adam (1 tahun 11 bulan), bagi dia makan kenyang-kenyang dalam pukul 7 tu. Ada masa anak taknak makan kan? Benda ni akan effect masa tido dia, sama ada dia tak boleh tido sebab perut lapar atau dia tido dulu then terbangun tengah malam. Kitorang selalu dah kena benda ni, so kalau tiba-tiba adam taknak makan malam, kitorang bagi dia pisang. Pisang boleh buat perut dia tahan sampai esok (in between malam tu dia menyusu la).
4) Ibu dan ayah kena berkorban masa malam. Nak start benda ni bukan papp bolehh je. Displin. Nak biasakan anak-anak dengan 1 perkara ni makan masa. Jadi kalau nak anak-anak tido awal, malam ibu ayah takpayah la keluar rumah. Jenis mcm kitorang kalau balik rumah parents, ada masa nak dinner luar kitorang pesan siap-siap kena keluar betul-betul lepas maghrib and balik awal sebab budak-budak tido awal. Alhamdulillah mak ayah kitorang memang very understanding bab-bab cucu ni.
5) Oh satu lagi, masa tido bukak surah ruqyah (set repeat sampai esok pagi, korang bole beli mini radio yang ada surah banyak-banyak tu) ni boleh lindungi anak-anak korang dari gangguan tengah malam. Faham-faham jela kan. Sebab aku pernah terbaca yang jika anak bangun tengah malam tu maksudnya ada “benda halus” kejutkan ajak main/ganggu. Wallahualam.
6) Make sure lampu tutup ye. Selagi lampu bukak selagi tu dorang susah tido. Untuk parents yang ada 2-3 anak, try tidokan yg kecik dlu. Macam aku tidokan ayra dulu, then baru adam. Masa aku tidokan ayra tu, ayah sambung buat adam penat, bagi dia lari-lari satu rumah, ketawa-ketawa macam happy bebenau 😁
Boleh cuba ye ibu ayah semua. Training displin ni sebulan je lepas tu korg merdeka la malam memang korang yang punya. Dorang dah tido korgang pegi la layan korea smbil lipat baju ke apa ke.. Anak-anak kitorang memang dah tune, pukul 8.30 dah kesat2 mata tu kira paling lambat dah la unless dia balik rumah tok nenek dan jumpa sepupu-sepupu tu aku memang tak boleh halang. Sebulan sekali kan.
Bila dah ada anak ni memang boleh dikatakan hampir seluruh hidup kita tertumpu pada dia. Tu kalau anak sorang, kalau 2,3,4 orang? Tapi, pentingnya kita tahu bahawa untuk suami isteri meluangkan masa bersama berdua tu boleh membahagiakan rumah tangga. Hari-hari boleh dating depan tv kalau korang berjaya tips ni (acah2 tengok movie kat wayang) 😝
Ni tips ikhlas dari pengalaman kami sendri 👍🏻 Tips ni kena kerjasama suami isteri ye. Anak pun anak korang sama-sama kan.
Tapi aku pesan awal, spesis anak yang tido awal ni dorang akan bangun awal. Pukul 5-6 pagi mata dorang dah segar bugar 😂 Boleh cuba ! And share jika bermanfaat !
Sumber- Nuraisyah Abu Husin
mari segera bergabung bersama kami di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g
BalasPadamsilakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877