Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Cara Mudah Aktifkan Transaksi ATM Luar Negara Ketika Melancong, Tak Risau lagi Jika Duit Dibawa Tak Cukup

3 Nov 2017

Setiap daripada pasti teringin untuk melancong ke luar negara, nak tenangkan fikiran sambil-sambil tu boleh tengok keindahan tempat orang yang tak ada di negara sendiri. Ada yang ke negara jiran, kalau modal lebih, jauh la sikit boleh pergi, mungkin Jepun kan? Gunung Fuji, bunga Sakura dan keindahan pantai di Ishigaki pasti menarik minat sesiapa sahaja untuk melancong ke negara matahari terbit itu.

Tapi untuk melancong misalnya ke Jepun, banyak persediaan yang perlu dibuat. Modal pun boleh tahan, tapi kalau nak bawa semua duit kat tangan mungkin tak praktikal. Jadi, boleh ke kita melakukan transaksi menggunakan mesin ATM di sana?

Sebuah page yang dikenali sebagai Festive Travels Sdn Bhd telah berkongsi tips bagaimana mahu mengaktifkan transaksi di luar negara menggunakan kad ATM anda. Jom ikuti perkongsian mereka.

Nak travel ke Jepun tapi risaukan duit yang dibawa tidak cukup? Perlu mencari mesin ATM tapi transaksi luar negara tidak boleh dilakukan?

Jangan risau. Kami berkongsi serba sedikit langkah-langkah untuk membolehkan kad ATM anda boleh lakukan transaksi di luar negara.

Sekarang ni dengan maybank2u sahaja anda boleh mengaktifkan overseas transaction tanpa perlu pergi ke mesin ATM.


Langkah pertama

Selepas log masuk, sila klik kepada "Card Management"


Langkah Kedua

Klik kepada "Overseas ATM Facility"


Langkah Ketiga

Anda diberi pilihan untuk aktifkan servis ATM overseas Facilities ataupun menyahaktifkan sekiranya anda sudah pulang dari luar negara.


Langkah Keempat

Anda boleh pilih tarikh untuk aktifkan daripada tarikh Hari Ini ataupun tarikh-tarikh kemudian hari.

Kemudian anda boleh pilih tarikh yang anda ingin tamatkan servis ini. Tarikh maksimum untuk aktifkan adalah selama setahun.

Jikalau dilakukan pada mesin ATM sebelum ini, hanya ada pengaktifan kekal atau sementara. Namun tidak dinyatakan pengaktifan sementara itu untuk tempoh masa yang berapa lama.


Langkah Kelima

Request for TAC

Ini bermakna anda perlu aktifkan sebelum sebelum hari anda ingin travel. Jangan lupa!


Kad anda sudah diaktifkan!

Anda tidak perlu lagi risau jika wang anda tidak cukup ditangan nanti.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. mari segera bergabung bersama kami di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g
    silakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "