Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Selalu Tak Sedap Hati Takut Pasangan Anda Curang, Perhatikan 6 Tanda Ini Untuk Kenal Pasti Sama Ada Si Dia Sedang Jujur Atau Sebaliknya

22 Nov 2017

Antara hal-hal yang menjadi kegusaran bagi pasangan yang sudah berumah tangga adalah soal kejujuran pasangan masing-masing. Takut ditipu dengan pelbagai alasan atau pasangan bersikap curang. Jika anda yakin anda mempunyai pasangan yang jujur, sememangnya ia baik untuk anda dan perhubungan anda. Tapi jika anda merasakan ada yang tidak kena, terutamanya tingkah laku suami, apakah yang anda harus lakukan?

Adakah suami anda menunjukkan tanda-tanda bahawa dia mungkin sedang menipu anda? Adakah tanda-tanda ini boleh dilihat dengan mata kasar? Satu kajian menunjukkan bahawa secara purata lelaki berbohong sebanyak 4 kali seminggu.

Kebanyakkan penipuan yang dibuat adalah ''tipu sunat'' atau penipuan yang tidak membahayakan hubungan. Misalnya, memberi alasan seperti terperangkap dalam kesesakkan sedangkan dia terlewat bergerak atau kerja lewat malam sedangkan lepak di ''mamak'' untuk menonton bola atau bertemu dengan kawan-kawan. Tetapi adakalanya, penipuan yang dibuat sememangnya besar dan boleh dianggap bahawa pasangan anda sebenarnya telah curang.

Kajian juga menunjukkan semakin kerap seseorang itu berbohong, semakin kurang sifat sensitif dalam dirinya yang selalunya menghilangkan rasa bersalah kerana tidak bersikap jujur. Malah, semakin kerap seseorang itu menipu, maka semakin mudah dan semakin berbahaya penipuan tersebut.

Salah satu punca lelaki gemar untuk menipu pasangan adalah kerana pasangan mereka sukar untuk mengesan penipuan tersebut kerana kedua-duanya sudah saling mengenali dan mempercayai satu sama lain. Menurut kajian. kebarangkalian untuk penipuan tersebut terdedah hanyalah sekitar 53 peratus sahaja.

Namun baru-baru, sekumpulan penyelidik yang melakukan kajian mengenai sains penipuan berjaya menemui petunjuk baharu bagaimana mahu mengesan penipuan yang sedang dilakukan. Jika kejujuran seorang wanita ketika memberitahu sesuatu boleh diperhati melalui bahasanya, penipuan yang dibuat oleh lelaki boleh dikesan melalui tingkah-lakunya.

Jadi bagaimana? Melalui kajian tersebut, pakar-pakar dapat menentukan bahawa lelaki sebenarnya sedang menyembunyikan kebenaran daripada pasangannya jika menunjukkan tanda-tanda berikut :

1. Kawasan Hidung Kelihatan Sedikit Membesar, Seperti Watak Kartun Pinocchio

Ketika lelaki sedang menipu, kawasan bawah hindungnya yang dikenali sebagai columella akan membesar menyebabkan hidup kelihatan sedikit berkeringat, kembang dan lebih besar. Seolah-olah tidak sesuai dengan saiz wajahnya.

Kawasan ini sememangnya lebih besar pada hidung lelaki berbanding pada hidung wanita. Jadi ia memiliki lebih banyak salur darah yang menyebabkan ia lebih cepat merah ketika berada dalam tekanan, contohnya ketika dalam cubaannya menyembunyikan kebenaran.

Menurut pakar yang terlibat dalam kajian tersebut, Judi James mengatakan bahawa tekanan akibat menipu menyebabkan salur darah mengembang di kawasan hidung, kadang kala boleh menimbulkan radang pada hidung, seperti berpeluh.

''Mereka juga mungkin cuba menyentuh muka atau hidung sebagai usaha untuk meredakan ketegangan tersebut dengan cara cuba menutup reaksi yang ditunjukkan pada bahagian tersebut'', katanya lagi.

2. Jika Dia Melihat Ke Arah Lain, Maka Cerita Yang Disampaikan Meragukan

Bagi orang normal ketika berbicara dengan jujur, mereka akan berkelip sekali setiap 10 hingga 12 saat dengan kelajuan kelipan adalah 100 hingga 400 milisaat.

Tetapi ketika mereka sedang menipu, mereka akan berkelip dengan lebih kerap dan cenderung untuk berkelip dengan lebih lama. Tindakan mereka cuba memejam mata lebih lama dengan perbezaan beberapa saat menunjukkan tanda-tanda dirinya sedang berfikir bagaimana mahu memberi alasan.

Menurut Pakar Penipuan dan penulis buku Eyes For Lies, Renee Ellory berkata, jika seseorang memberitahu anda bahawa dia tidak gementar tetapi matanya berkelip dengan kerap, ia mununjukkan tanda-tanda ada yang tidak kena.

Menurutnya lagi, mereka yang sedang menipu cenderung untuk tidak bertentang mata bagi mengelakkan penipuannya mudah dikesan dan antara cara paling mudah adalah berkata-kata sambil memalingkan muka daripada pasangan.

Normalnya, orang yang cenderung dengan tangan kanan akan berpaling atau melihat ke arah kiri (ke arah pusat otak yang berada di bahagian kiri otak) ketika cuba bersikap jujur dengan percakapannya. Manakala ketika dia cuba mereka-rekakan jawapan, mereka cenderung untuk berpaling ke arah kanan (bahagian kreatif otak, yang terletak di bahagian kanan otak).

Jika mereka cuba mengingati apa yang berlaku atau apa yang pernah didengar lalu berpaling ke arah kiri atau seolah-olah melihat bahagian telingan kiri, ia menunjukkan mereka sedang berkata benar. Jika fizikalnya ke kanan, seolah-olah sedang melihat telingan kanan, ia menunjukkan tanda-tanda mereka sedang menyembunyikan sesuatu.

Paling kerap, mereka yang sedang menipu lebih gemar melihat ke arah pintu, seolah-olah sedang mencari jalan keluar selamat tanpa sedar.

3. Perubahan Terhadap Intonasi Suara

Bagaimana anda mahu tahu bahawa pasangan anda menipu jika dia tidak ada di depan mata anda? Caranya mudah, hubungi dia. Pakar mengatakan bahawa ia sememangnya amat mudah untuk mengesan penipuan suami dengan hanya mendengar intonasi suara mereka melalui perbualan telefon.

Pertamanya, anda harus menumpukan perhatian kepada pitch suara suami anda. Jika biasanya suara suami anda kasar atau serak ketika bercaka, tiba-tiba pitch berubah menjadi lebih lembut dengan unsur-unsur feminim, kebarangkalian suami anda sedang menipu adalah tinggi. Malah, mereka cuba untuk menghabiskan perbualan itu dengan pantas dengan cara bercakap lebih laju daripada biasa.

Satu lagi adalah jika nada suara suami menjadi lembut atau bunyi tidak kuat seolah-olah tidak jelas didengar. Mereka yang sedang berbohong gemar merendahkan suara bagi mengelakkan penipuannya mudah terdedah.

Anda juga boleh bertanya soalan-soalan yang memerlukan jawapan ya atau tidak. Jika suami anda seringkali mengelak atau menyebut perkataan-perkataan seperti ''well'' secara kerap, ia menunjukkan mereka sedang mencuri masa untuk memikirkan sesuatu. Cliff Lansley, seorang pakar tingkah laku turut memberitahu bahawa pasangan yang sedang menipu lebih gemar menggunakan ayat-ayat yang lebih pendek yang tidak memerlukan proses percakapan yang rumit dan memanjangkan perbualan.

4. Jika Dia Sedang Duduk, Cuba Perhatikan Pergerakkan Kakinya

Kajian menunjukkan bahawa seorang penipu tidak gemar untuk bersemuka dengan orang yang sedang ditipunya. Mereka lebih cenderung untuk mengadap ke arah kanan sebagai tanda untuk mengelak daripada diperhati ketika sedang meluahkan penipuannya.

Malah, jika kakinya cenderung untuk menghala ke arah pintu, ia menunjukkan mereka sedang memikirkan jalan keluar yang selamat untuk menutup kebenaran yang sedang disimpan. Tanda-tanda lain adalah jika seseorang itu sedang duduk, dia cenderung untuk bangun dan bergerak ke tempat lain ketika bercakap bagi mengurangkan perasaan gelisah yang dihadapi.

Jika seseorang itu sedang berdiri, anda boleh memerhatikan keadaan kakinya, seseorang yang menipu gemar untuk mengusap-mengusap bahagian kaki dengan kaki yang lain atau menyilang kedudukan kaki berbanding dengan mereka yang berdiri dengan tegap ketika tidak menipu.

5. Perubahan Pada Bahagian Muka Terutama Pada Bahagian Bibir Dan Kening

Terdapat 43 otot dibahagian muka yang mengawal semua pergerakkan anggota badan di bahagian muka termasuklah berfungsi menunjukkan emosi.

Pakar mengatakan bahawa seseorang yang sedang menipu sukar untuk mengawal kesemua otot-otot ini dan bahagian-bahagian seperti kening dan bibir cenderung untuk bergerak sendiri.

''Ramai yang tidak sedar bahawa otak separa sedar kita secara konsisten mendedahkan emosi sebenar kita tanpa mengira apa yang sebenarnya sedang kita ucapkan'', kata pakar lagi.

Misalnya, seseorang yang sedang berpura-pura mungkin secara tidak sengaja tersenyum ketika menipu atau keningnya terangkat. Mereka mungkin sedang menyembunyikan kegembiraan dengan cuba berpura-pura sedih atau sebaliknya. Jadi, perhatikan tanda-tanda tersebut.

6. Ketika Bercakap, Mereka Gemar Untuk Berhenti Seketika Sebelum Menyambung Semula Ucapan 

Mereka yang sedang menipu gemar untuk berhenti sebentar bagi menyusun semula ayat dan mengubah perkataan agar dapat mengalihkan perhatian anda daripada topik yang sedang diperkatakan.

Menurut pakar, penggunaan perkataan seperti ''urmm'' atau ''err'' ketika sedang bercakap boleh menjadi tanda-tanda bahawa dia sedang mengalihkan perhatian anda ketika menjawab soalan-soalan yang sedang diajukan.

''Mereka yang tidak menjawab persoalan yang ditanya, atau menjawab soalan dengan soalan atau juga tidak cuba untuk mengelak secara terus sebaliknya menukar-nukar percakapan menunjukkan mereka sedang melarikan diri daripada sesuatu'', kata pakar lagi.

Antara pentunjuk lain adalah ketika bercakap, pasangan anda cuba menyakinkan anda dengan mengukapkan perkataan-perkataan seperti ''Percayalah'', ''Sejujurnya'' ataupun ''Tanyalah kawan / mak / abang saya''.

Cara lain bagi mengenalpasti penipuan pasangan lelaki adalah dengan meminta maklumat lain yang tiada kena mengena dengan apa yang sedang diperkatakan. Menurut Judi James, ini antara kaedah paling berkesan dalam membongkarkan penipuan kerana seorang penipu kadang-kala sudah pun memberi fokus terhadap penipuannya dengan sudah bersedia dengan jawapan-jawapan yang diperlukan.

Jika anda secara tiba-tiba bertanyakan sesuatu yang lain, mereka cenderung untuk tersasul dan mudah mendedahkan apa yang sedang disembunyikan.

''Penipuan adalah satu proses yang rumit sebenarnya, anda harus memikirkan kebenaran tersebut dahulu, kemudian merangka strategi bagi menutup kebenaran tersebut sebelum melaksanakannya'', katanya lagi.

''Ia juga normal untuk penipu menggunakan perkataan ''Sumpah'' atau cenderung untuk menyalahkan anda kembali dengan mempersoalkan kepercayaan anda terhadap dirinya.

''Mereka cenderung untuk mempersoalkan tindakan anda kembali terutamanya jika anda menyelongkar peribadinya'', kata Judi James.

Akhir sekali, dengar pernafasan mereka. Orang yang sedang menipu cenderung untuk bernafas dengan lebih laju selain dengupan jantung menjadi lebih kencang kerana terpaksa mengawal perasaan gementar dalam diri.

Sumber : Daily Mail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Mari bergabung dengan saya di www*fansbetting*com
    Proses cepat, aman dan terpercaya

    BalasPadam
  2. mari coba keberuntungannya bersama kami di updatebetting
    ditunggu apalagi,ayo buruan daftar

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "