Kuala Lumpur : Harga kari kepala ikan RM600 yang didakwa ‘cekik darah’ di sebuah restoran nasi kandar terkemuka di ibu kota yang tular sebelum ini adalah hidangan empat kepala ikan bersaiz XL untuk dihidangkan kepada 17 orang.
Pengarah Penguat Kuasa KPDNKK Datuk Roslan Mahyuddin berkata, semakan mendapati semangkuk kari kepala ikan yang dijual di restoran nasi kandar terbabit berharga dari RM50 ke RM150 mengikut saiz iaitu S, M, L dan XL.
Ia berdasarkan siasatan awal sepasukan pegawai Unit Anti Pencatutan Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di restoran nasi kandar terbabit selepas menerima laporan.
Menurutnya, berdasarkan pemeriksaan, pihaknya mendapati premis berkenaan meletakkan tanda harga bagi setiap makanan dan minuman yang dijual termasuk kari kepala ikan.
“Bagaimanapun, mereka tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai (harga mengikut) saiz kepala ikan atau gambar yang jelas menunjukkan perbezaan antara harga setiap saiz kepala ikan itu.
“Dengan gambar yang jelas, pelanggan tidak akan keliru ketika membuat pembelian,” katanya ketika dihubungi, di sini.
Menurutnya, pihaknya turut mengeluarkan notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 kepada restoran itu bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai hidangan itu.
“Mereka diberi tempoh 10 hari untuk menghantar maklumat lanjut itu kepada kami.
“Mengenai gambar yang tular itu, saya kesal kerana pelanggan berkenaan hanya memuat naik gambar resit untuk hidangan empat kepala ikan yang dicaj RM600. Ia seolah- olah hidangan untuk seorang saja sebaliknya dalam keadaan sebenar, ia hidangan untuk 17 orang,” katanya.
Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk bertanya kepada pemilik kedai atau menyemak senarai harga dipamerkan sebelum mengambil makanan bagi mengelakkan masalah sama berlaku.
Berdasarkan satu resit yang dimuat naik seorang pengadu di laman sosial, Isnin lalu, empat mangkuk kari kepala ikan merah yang dipesannya berjumlah RM600.
Sebelum ini media melaporkan, makan malam dua keluarga di sebuah restoran nasi kandar terkenal, di sini, hujung minggu lalu dikejutkan dengan harga kari kepala ikan yang didakwa terlalu mahal.
Sumber: Harian Metro
Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
BalasPadamsegera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**
F4ns Bett1ng agent bola terpercaya di Indonesia
BalasPadamburuan daftar 5ee80afe
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877