Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mia Ahmad Tanya Ustaz Salahkah Seorang Isteri Cium Sumai Ditempat Awam

8 Nov 2017
No Comment

PETALING JAYA - Baru-baru ini, aktress Mia Ahmad memuat naik paparan skrin perbualan antara suaminya dengan seorang ustaz berkaitan video cium pipi Mia kepada suaminya selepas video tersebut menerima kecaman netizen yang mempertikaikan tindakan pasangan itu.

Menerusi gambar perbualan yang dimuat naik di Instastory pada Rabu lalu,  Izham dilihat bertanya kepada ustza tersebut sama ada aksi suami-isteri yang merima pertikaian netizen itu salah di sisi agama.

Menurut Izham, perkara tersebut berlaku secara spontan kerana pada ketika itu isterinya terlalu gembira dan bukanlah bertujuan ingin menunjuk-nunjuk kebahagian mereka kepada khalayak umum.

"Saya nak tanya imam apa hukum seorang isteri cium pipi suaminya di kawasan terbuka?" soal Izham yang turut melampirkan video berkenaan kepada individu berkenaan.

Tambah Izham lagi, dia mahu meminta pihak tertentu memadam video berkenaan dan meminta maaf secara terbuka jika perkara itu benar-benar salah.


Bagaimanapun, soalan Izham dibalas dengan jawapan ustaz yang menjelaskan bahawa ciuman berkenaan tidak menimbulkan masalah, namun jangan sehingga menerbitkan perasaan seseorang atau nafsu orang yang melihatnya.

Sebelumnya, pada Ahad lalu pihak stesen televisyen TV3 memuat naik di Instagram aksi spontan Mia Ahmad yang mecium pipi suaminya selepas pasukan JDT menewaskan Kedah dalam perlawanan Piala Malaysia 2017.

Namun, video yang tular tersebut, menerima pelbagai reaksi netizen yang mempertikaikan tindakan tersebut yang dianggap tidak sesuai dilakukan di khalayak.

Mia atau nama sebenar Shamiha Ahmad Baderi dan Izham, 26, berkahwin pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak.

Sumber- mStar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "