Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Malaysia Tersenarai Dalam 20 Buah Negara 'Paling Malas' Di Dunia Kerana Makanannya

3 Nov 2017
One Comment

Sebuah Jurnal Saintifik, The Lancet telah mengeluarkan satu kajian tentang senarai 20 negara paling malas dalam dunia seiring dengan Olimpik London untuk menyerlahkan bagaimana 'kurang aktif' menjadi punca utama masalah kesihatan.

Para saintis mengesyorkan, manusia perlu melakukan aktiviti sederhana sekurang-kurangnya 2.5 jam seminggu.

Bagaimanapun, gaya hidup moden pada masa kini membuatkan kebanyakan daripada kita tidak mampu memenuhi piawaian tersebut.

Mari kita lihat senarai 20 negara yang tidak aktif sama ada dari aspek iklim, persekitaran politik dan kemajuan teknologi.


 20. Bhutan: 52.3% 

   Kerajaan Buddha di pinggir Himalya ini benar-benar memukau pandangan kita. Sesiapa yang       berada di sini pasti berasa aman dan damai sentiasa.



 19. South Africa: 52.4%

   Terletak betul-betul di hujung Afrika. Terkenal dengan pasukan kriket, bola sepak, ragbi dan banyak lagi yang hebat serta mengagumkan, pasti mereka terlalu letih untuk bekerja.



 18. Ireland: 53.2%

   Difahamkan, pada tahun 2014, secara purata, orang Ireland yang berusia lebih 15 tahun,meminum sebanyak 11 liter alkohol tulen.



17. Italy: 54.7%

Negara indah yang terkenal spagettinya.



16. Cyprus: 55.4%

Negara Mediterranean ini sememangnya nampak indah dah mengasyikkan.



15.Turkey: 56.0%

Memiliki makanan dengan cita rasa dan ciri khas berlemak, pedas dan berbahan dasar daging contohnya kebab.



14. Iraq: 58.4%



13. Namibia: 58.5%

  Negara ini merupakan syurga bagi pengumpul barang-barang antik. Penduduknya disini gemar dengan kesoronokan muzik yang disertai dengan tarian.



12. Dominican Republic: 60.0%

  Ternyata, penduduk disini mempunyai istilah sendiri untuk berlambat-lambat yang dipanggil sebagai "Dominican Time".
 


11. Japan: 60.2%

Kemajuan teknologi dan innovasi yang dimiliki mereka kemungkinan membuatkan mereka berasa tidak perlu untuk bangun dan melakukan kerja sendiri.



10. Malaysia: 61.4%

Malaysia dikatakan sebagai syurga makanan. Variasi makanannya yang lazat membuatkan sesiapa sahaja berasa malas untuk bangun dari meja makan.



9. United Arab Emirates: 62.5%

  Jika kita berada di Dubai untu berseronok, mengapa perlu memikirkan aktiviti yang memenatkan?



8. Great Britain: 63.3%



7. Kuwait: 64.5%

Ekonomi berasaskan petroleum mereka menjadikan mereka salah satu negara terkaya di dunia. Nah, kebahagiaan atau tidak, wang pasti menjamin bahawa anda tidak perlu bangun untuk melakukan kerja sendiri!



6. Micronesia: 66.3%

Meskipun dikelilingi dengan pulau mewah dan gunung ganang yang menghijau, penduduk negara ini tampak kurang berminat untuk melakukan aktiviti  dengan lebih kerap.



5. Argentina: 68.3%

Nampaknya di negara ini yang aktif hanyalah pemain bola sepak sahaja.



4. Serbia: 68.3%

    Sebuah negara yang sebilangan besar tanahnya terdiri daripada pelbagai ladang anggur dan kilang  wine.



3. Saudi Arabia: 68.8%

Kemungkinan cuaca panas dan hawa padang pasir membuatkan penduduknya berasa berat untuk keuar dan melakukan aktiviti.



2. Swaziland: 69.0%

      Merupakan negara monarki mutlak yang terakhir di dunia.



1. Malta: 71.9%

Lihat saja gambar dibawah ini, pasti membuatkan anda rasa ingin baring dan berehat bukan?


Sumber- ScoopWhoop, Forbes
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "