Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gadis Dibogel Dan Diarak Sepanjang Kampung Sebagai Hukuman Kerana Abangnya Ada Hubungan Sulit

3 Nov 2017

Polis Pakistan menahan 8 orang lelaki kerana bertanggungjawab dalam kejadian dimana seorang gadis berusia 14 tahun dibogel dan diarak di sekeliling kampung berhubung pertikaian mengenai maruah keluarga.

Gadis malang tersebut dipercayai diculik oleh kumpulan lelaki pada 27 Oktober lalu sebelum dibogelkan dan dipaksa berlari sepanjang kampung di Kampung Garahmat, Dera Ismail Khan.


Kejadian itu berlaku selepas Majlis Kampung ataupun ''Jirga'' mendakwa abang kepada gadis tersebut mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain. Jirga yang mendapat aduan daripada keluarga isterinya itu kemudian memutuskan adik perempuan lelaki tersebut dihukum sedemikian bagi membalas penghinaan yang dibuat terhadap keluarga isterinya.

Keluarga gadis malang tersebut membuat laporan mendakwa anak mereka dibawa ke sebuah rumah, dipukul oleh sembilan lelaki sebelum dibogelkan. Bagaimanapun laporan itu ditarik balik oleh keluarga gadis berkenaan pada Isnin lalu. Susulan laporan yang dibuat, pihak polis bertindak memberkas lapan orang lelaki dan seorang lagi masih diburu.

Ketika kejadian, gadis malang tersebut dalam perjalanan untuk mengambil air bersama tiga sepupunya sebelum sekumpulan lelaki datang dan mengepung mereka.

Jalan Kampung Garahmat, Dera Ismail Khan

Maruah keluarga adalah isu yang sangat sensitif dalam negara majoriti penduduk Islam tersebut. Jirga yang bertindak mengadili bentuk-bentuk hukuman amat berkuasa dalam kalangan penduduk yang menyaksikan hampir 1000 orang wanita dibunuh setiap tahun oleh keluarga sendiri atas kesalahan melanggar adat dalam soal cinta ataupun perkahwinan.

Dalam masyarakat tersebut, wanita di anggap sebagai lambang kehormatan keluarga namun ironinya wanita dilayan secara tidak terhormat dan ditindas dengan pelbagai bentuk hukuman zalim.

Tiga bulan lalu, Jirga sebuah kampung terletak di Rajpur memerintahkan gadis berusia 16 tahun dirogol sebagai menebus kesalahan yang dibuat abangnya. Hukuman yang menindas ini bukan perkara baru dalam masyarakat luar bandar Pakistan di mana memperlihatkan Jirga memainkan peranan penting dalam komuniti sesuatu kampung.

Berhubung kejadian tersebut, pihak berkuasa menahan 18 orang termasuk anggota jawatankuasa Jirga yang terlibat dengan kejadian yang disifatkan sebagai ''rogol balas dendam''. Dalam kejadian tersebut, abang kepada gadis itu didakwa melakukan serangan seksual terhadap seorang kanak-kanak berusia 12 tahun.

Rumah di mana hukuman rogol terhadap gadis dijalankan

Gadis malang itu kemudiannya diheret ke mesyuarat Jirga sebelum hukuman zalim tersebut diputus dan dilaksanakan dihadapan keluarga gadis terbabit dan Jirga.

Mohamed Bilal, 25, salah seorang anggota keluarga gadis tersebut memberitahu mereka mengadakan perjumpaan dengan keluarga kanak-kanak yang diserang untuk memohon maaf selepas mendapat tahu mengenai perbuatan abang kepada gadis yang dijatuhkan hukuman itu.

''Keluarga kanak-kanak tersebut terutama wanita mula berteriak dan yang lelaki pula meminta agar adik Umar (16 tahun) dibawa berjumpa dengan mereka sebelum perbincangan diadakan'', kata Mohamed Bilal.

Gadis dirogol di dalam bilik disaksikan oleh Jirga dan ahli keluarga

Jirga diketuai oleh seorang seorang penduduk kampung yang paling tua yang menentukan bentuk-bentuk hukuman terhadap penduduk kampung yang terletak di luar bandar, dimana sukar mendapat akses kepada bantuan guaman dan majoriti penduduk tidak mempercayai kepada institusi undang-undang moden.

''Apa yang kami lakukan memang menyalahi undang-undang, tetapi begitulah (hukuman dijalankan) caranya di sini. Kami memohon keampunan dan berjanji perkara tersebut tidak akan berulang lagi'', kata Mohamed Amin, 45, salah seorang anggota Jirga yang kini berada dalam tahanan pihak berkuasa.

Pakistan sememangnya terkenal dengan hukuman-hukuman yang boleh dikatakan sebagai tidak berperikemanusiaan termasuklah dalam satu inseiden yang menggemparkan dunia pada tahun 2002 dimana seorang wanita, Mukhtar Mui yang dijatuhkan hukuman dirogol oleh Jirga bertindak membawa perkara tersebut ke mahkamah.

Suasana kampung di luar bandar di Pakistan

Walaupun pesalah yang merogolnya bebas, namun peristiwa tersebut membuka mata masyarakat dunia mengenai penindasan terhadap wanita. Mai kini seorang aktivis wanita dan kisahnya memberi inspirasi kepada sebuah opera, ''Thumbprint'' yang dibuka pada tahun 2014 di New York, Amerika Syarikat.

''Hukuman ini bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah langsung tidak mencerminkan Islam yang sebenar'', kata seorang aktivis sosial, Minullah.

''Saya bersyukur akhirnya pihak berkuasa bertindak (menahan anggota Jirga) tetapi bagaimana dengan nasib gadis tersebut? Dia terpaksa menanggung stigma tersebut sepanjang hidupnya'', katanya lagi.

Sumber : Daily Mail , Sputniknews

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "