TOKYO: Sebuah syarikat kereta api di Tokyo membuat permohonan maaf kepada pengguna pegangkutan awam di negara itu diatas kesilapan mereka yang tercepat 20 saat.
Insiden tersebut berlaku apabila tren yang sepatutnya meninggalkan stesen Minami Nagareyama pada pukul 9.44 pagi bagaimanapun bertolak 20 saat lebih awal meninggalkan stesen tersebut.
Menurut laporan yang di petik dari Herald Sun, meskipun tiada pengguna yang membuat sebarang aduan tentang insiden berikut, pekerja di syarikat kereta api itu diingatkan supaya kejadian itu tidak berulang lagi.
Rakyat jepun ramai bergantung sepenuhnya kepada perkhidmatan pengangkutan awam itu terutamanya golongan pekerja, jika berlaku sedikit masalah atau kelewatan ianya boleh menyebabkan kesesakan.
Sistem kereta api negara matahari terbit itu terkenal dengan sikap menepati masa termasuk kereta api laju shinkansen.
Sumber- Herald Sun
F4ns Bett1ng, s1tus b0la 0nline terpercaya
BalasPadam