Masih kecil anak, ibu bapa adalah tempat bergantung sepenuhnya. Dijaga dan dibantunya semampu mereka bersama harapan apabila anak sudah dewasa dapat membantu dan menjaga mereka pula. Tapi lain pula jadinya.
Apabila sudah mempunyai kerjaya sendiri, anak ini lupa untuk menghulurkan sedikit kepada ibu bapa mereka. Malah bergembira sehingga kehabisan gaji. Mulalah meminta kepada ibu bapa mereka kerana tidak cukup duit. Mana ada ibu bapa yang sanggup melihat anak mereka dalam kesusahan. Tapi janganlah si anak mengambil kesempatan.
Berikutan tajuk akhbar KOSMO sabtu lalu, sememangnya sangat mengejutkan tapi itulah yang terjadi dipersekitaran masyarakat kita hari ini. Tajuk akhabr itu mendapat perhatian seorang pelabur hartanah iaitu Harith Faisal untuk berkongsi pandangannya mengenai anak muda dalam masyarakat kini.
IBU BAPA TANGGUNG ANAK SAMPAI MATI
1. Mak aih!! Terkejut beruk saya bila baca tajuk berita kat muka depan suratkhabar KOSMO hari ni. Betul orang kata, sekarang ni memang ramai mak bapak yang melahirkan tuan.
2. Teringat saya dulu-dulu masa umur saya dalam 21 tahun. Masa tu saya tengah study degree tahun dua kat UKM, saya dah mula buat macam-macam side income.
3. Sejak tahun tu jugalah, saya dah mula tak minta dan tak terima duit mak bapak saya. Sebabnya, saya dah boleh cari duit sendiri dan saya malu nak ambil duit dorang.
4. Sebelum tu bila balik kampung je, mesti dia orang bagi duit belanja. Tapi lepas saya aktif cari side income tu, saya pula yang bagi duit belanja kat dia orang. Tak banyak, tapi ada.
DUNIA DAH TERBALIK
5. Jadi, bila terbaca berita kat KOSMO tu saya jadi sedih dan hiba. Anak-anak patutnya ringankan beban mak bapak bila dah mula bekerja. Tapi sekarang dah terbalik pulak.
6. Anak muda sekarang ni tak segan nak minta duit mak bapak walau dah mula bekerja. Alasannya, duit tak cukup duduk KL. Padahal hujung minggu bersuka ria, tak ingat dunia.
7. Bila rasa sesak, mula hubungi mak bapak dan minta duit tambahan padahal hidupnya bermewah-mewah. Gaji baru RM2,000 pun menggelupur nak beli Myvi 2018 tu.
8. Iyalah, Myvi baru tu kan cun habis. Ala-ala kacukan VW Golf dengan Honda Jazz, kan. Mulalah anak muda bergetar tulang rusuk. Deposit tak ada, minta kat mak bapak juga.
9. Lagi, kat FB upload gambar bercuti sini sana. Nasib baik mak bapak kau tak layan FB. Kalau tak, mesti dorang sedih tengok kau guna duit dorang pegi enjoy dengan kawan.
KAHWIN PAKAI DUIT MAK BAPAK
10. Kalau bab kahwin pula, saya rasa pengantin laki dan perempuan sendiri, kalau boleh memang nak jimat habis. Janji sah nikah, buat makan ringkas-ringkas dah cukup.
11. Yang biasa nak majlis grand ni mak bapaknya. Tak nak kalah dengan sedara mara dan jiran tetangga. Orang buat 7 khemas, dia nak buat 9 khemah.
12. Orang jemput 1,000 orang, dia nak jemput 1,500 orang. Kalau memang mak bapak yang sponsor pakai duit sendiri, suka hatilah. Duit sendiri, kan. Tak kisahlah.
13. Masalahnya, bila majlis grand-grand, semua pakai duit hantaran yang pihak lelaki bagi. Apalah salahnya duit hantaran tu bagi kat anak untuk dia orang mulakan hidup bersama.
MAK BAPAK KAYA
14. Kalau dah memang mak bapak dia kaya, lantaklah kan. Duit dia orang sendiri. Tapi anak-anak pun kena belajar berdikari dan perlu juga diberi ilmu untuk uruskan kewangan.
15. Kekayaan boleh diwarisi, tapi ilmu untuk uruskan kekayaan tu takkan nak diabaikan. Takut nanti, kaya tu kekal generasi kedua saja. Masuk generasi ketiga, lesap semua.
BANK SEGERA
16. Secara realiti, mak bapak kat Malaysia sekarang ini dah jadi macam bank segera atau pembiaya kewangan "confirm lulus" pula kepada anak-anak yang sudah dewasa.
17. Kalau tak cukup duit, anak muda dah tak risau sebab dia orang tahu ada mak bapak yang akan tolong. Kalau mak bapak bagi sendiri, tak apa. Tapi, kalau kau yang minta, tolong malu.
TAK CUKUP DUIT
18. Dah tahu tak cukup duit setiap bulan, hiduplah bawah kemampuan. Kalau gaji RM3,000 tu, hiduplah macam orang gaji RM2,000. Lebih RM1,000 simpan terus.
19. Semua orang tau, dana kecemasan sangat penting. Dah tau tu, buatlah dana kecemasan 3 hingga 6 bulan gaji. Kalau gaji RM3,000, buat simpanan RM9,000 hingga RM18,000.
20. Bila dah ada dana kecemasan, harap-harap, takdalah lagi dialog kesian, "Ayah, nak pinjam RM2,000 boleh? Kereta rosaklah. Nanti bila ada duit, Ucu pulangkan ya."
21. Mentang-mentanglah dia tahu Ayah dia baru dapat duit KWSP lepas pencen hari tu. Kesian kat Ayah dia, asyik kena paw je dengan anak. Tak nak bagi, kesian. Bagi, duit habis.
22. Jadi, sebab tu kalau boleh, anak-anak elakkan minta duit kat mak bapak. Kalau dah kau orang minta, memang dia orang akan bagi. Jadi, janganlah ambil kesempatan macam tu.
23. Di usia emas dia orang, jangan dia orang dibebani dengan masalah kewangan anak-anak. Pada usia itu, dia orang perlu berehat. Cukuplah berpuluh tahun dia orang berkorban.
24. Jangan pula kerana kita, dia orang paksa diri bekerja dan membanting tulang untuk menyara anak-anak dewasa yang perasan macam anak kecil yang merengek-rengek mahukan duit belanja dan dibelikan mainan itu dan ini.
25. Insaflah anak muda Malaysia! - HF
Sumber - Harith Faisal
Mari bergabung dengan saya di www*fansbetting*com
BalasPadamProses cepat, aman dan terpercaya
mari coba keberuntungannya bersama kami di updatebetting
BalasPadamditunggu apalagi,ayo buruan daftar
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877