Pengamal teori konspirasi sekali lagi meramalkan bahawa Bumi akan binasa, kali ini berpunca daripada sebuah planet yang diberi nama Nibiru.
Sebelum ini, seorang ahli numerologi, David Meade mendakwa bahawa planet Nibiru akan melanggar Bumi pada 23 September yang lalu.
Namun selepas tiada apa-apa yang berlaku pada tarikh tersebut, planet Nibiru sekali lagi menjadi mangsa apabila ahli teori konspirasi mendakwa bahawa planet tersebut bakal mencetuskan gempa bumi dahsyat yang menyebabkan kiamat melanda Bumi Ahad ini, 19 November.
Walau bagaimanapun khabar angin tersebut disangkal oleh saintis di National Aeronautics and Space Administration (NASA) yang mendakwa planet tersebut tidak mungkin wujud.
Dr David Morrison, seorang ahli astronomi di Pusat Penyelidikan NASA Ames berkta, jika planet tersebut menghampiri sistem solar, ia akan mengganggu keseluruhan planet yang ada malah boleh ''melepaskan bulan dari orbit bumi''.
Pengamal Teori Konspirasi yang percaya dengan kewujudan planet Nibiru mendakwa bahawa NASA bersubahat dalam menyembunyikan kebenaran daripada orang ramai sedangkan ''kumpulan elit'' dunia sudah pun lari menyelamatkan diri dengan bersembunyi di dalam bunker rahsia bawah tanah.
Menurut Pengamal Teori Konspirasi ini, planet Nibiru atau Planet X adalah sebuah planet yang terletak di hujung sistem solar yang mengorbit Matahari setiap 3600 tahun.
Mereka percaya bahawa graviti planet tersebut telah mengganggu aktiviti-aktiviti palanet lain beratus-ratus tahun dahulu ketika planet tersebut mengorbit matahari.
Mereka mendakwa lagi bahawa gangguan tersebut boleh mengganggu Bumi pada bila-bila sahaja dengan meramalkan sama ada planet tersebut akan berlanggar dengan bumi atau mencetuskan bala bencana kiamat.
''Jika objek sebesar planet menghampiri sistem solar kita, gravitinya pasti akan mengganggu orbit planet-planet lain yang ada. Malah kita dapat mengesannya jauh lebih awal sebelum ia sempat sampai ke bumi.
''Orbit planet-planet sangat terkawal, dan jika ada planet asing yang menghampiri sistem solar terutama melalui bahagian dalam sistem solar, semuanya akan kacau bilau. Planet-planet ini tidak lagi teratur.
''Bulan sudah pasti tidak lagi mengorbit bumi, dan itu tidak berlaku'', kata Dr Morrison lagi.
Dr Morrison bagaimanapun berkata tiada keperluan untuk berhujah mengenai planet Nibiru kerana planet tersebut tidak wujud.
Nibiru menjadi subjek tumpuan untuk didebatkan oleh ahli Teori Konspirasi sejak 20 tahun yang lalu. Teori terkini yang mengatakan Bumi akan hancur esok hari mula muncul di laman web Planetxnews.com.
Sekumpulan ahli Teori Konspirasi yang beroperasi di sebalik laman web tersebut mengaitkan kejadian tersebut dengan deretan peristiwa bencana alam yang melanda Bumi sejak kebelakangan ini antaranya kejadian letusan gunung berapi dan gempa bumi.
Mereka mendakwa bahawa bencana tersebut berlaku akibat tarikan graviti Nibiru dan bilangan kes bencana yang berlaku semakin bertambah disebabkan planet tersebut semakin menghampiri Bumi.
''Aktiviti seismik global sampai kemuncaknya pada dua minggu kedua November menuju ke Disember'', dakwa salah seorang penulis laman tersebut, Terral Croft.
''Gempa bumi diramal akan berlaku pada 19 November ini'', katanya lagi.
September lalu, NASA terpaksa mengeluarkan satu kenyataan penafian mengenai kewujudan planet Nibiru setelah tersebarnya khabar angin mengenai kedatangan kiamat dalam masa terdekat.
''Planet Nibiru yang diperkatakan itu, tidak wujud.
''Nibiru dan pelbagai kisah lain mengenainya hanyalah sensasi internet. Tiada asas kukuh untuk menyokong dakwaan itu (kiamat Nibiru)'', kata NASA dalam kenyataan tersebut.
''Sekiranya Nibiru atau Planet X ini menghampiri bumi, ahli astronomi sudah pasti dapat mengesannya sekurang-kurangnya sejak sedekad lalu. Malah, ketika ini ia sudah pasti dapat dilihat jelas dengan mata kasar.
''Sudah jelas, ia tidak wujud'', kata NASA lagi.
Selepas ramalannya disanggah oleh NASA dan 23 September berlalu tanpa sebarang kejadian, David Meade yang juga penulis di laman web tersebut tampil memberi penjelasan dengan mendakwa bahawa kiamat telah ditangguhkan dan tidak pernah diramal akan melanda Bumi pada tarikh tersebut.
David Meade |
Dia sebaliknya mendakwa bahawa tarikh tersebut adalah pemulaan kepada pengakhiran, bukannya tarikh pengakhiran.
Walaupun kekurangan bukti, namun masih ramai yang mempercayai bahwa planet Nibiru sebenarnya wujud hingga memaksa komuniti sains memberi penjelasan berulang kali untuk menyangkal dakwaan tersebut.
Sumber : Daily Mail
F4ns Bett1ng, s1tus b0la 0nline terpercaya
BalasPadamyuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
BalasPadamadd pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0
AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877