Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) 'Ni Bukan Main-Main, Sedetik Jantung Terhenti Boleh Bawa Maut' - Permainan Mati 5 Saat Merbahaya

13 Okt 2017
2 ulasan


Permainan 'mati 5 saat' bukan sahaja boleh membawa bahaya malah permainan itu juga mungkin boleh membawa maut.

Mengulas satu video tular yang memaparkan sekumpulan remaja bermain permainan berkenaan, seorang doktor yang dikenali sebagai Dr. Suhazeli Abdullah berkata permainan itu sangat merbahaya.

"Jangan sesekali buat begini. Sedetik jantung terhenti boleh bawa MAUT! #BukanCPR ni." tulis beliau sambil mengepilkan video berkenaan.

Video terbabit menunjukkan sekumpulan remaja menolak dada seorang rakannya dipercayai bagi menghalang udara masuk ke dalam badan rakannya itu supaya 'khayal' sekejap kerana kekurangan oksigen.

Dalam masa yagn sama, Ketua Kluster Pembangunan Sosial dan Kesejahteraan Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Mohd Taib Dora turut berkata permainan itu berbahaya jika dimainkan.

“ITU kerja gila kerana tindakan itu boleh bawa maut atau remaja berkenaan mendapat serangan strok,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Taib berkata, remaja berkenaan boleh maut sekiranya oksigen tidak sampai ke otaknya selama tujuh saat.

"Bagi saya ia tindakan yang bodoh kerana selain boleh mengakibatkan kematian, serangan strok juga boleh berlaku menyebabkan remaja terbabit lumpuh.

"Apabila dada kita ditekan, ia menghentikan fungsi jantung yang menghantar oksigen ke otak seterusnya menyebabkan kematian," katanya.

Sumber: Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g, aman dan terpecaya :)

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "