Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Ada Aplikasi Mampu Rakam Video Dan Gambar Secera Senyap, Apple Diberi Amaran

27 Okt 2017

Gergasi teknolgi dunia, Apple diberi amaran bahawa sesetengah aplikasi yang berasaskan iOS mempunyai kemampuan untuk merakam foto dan video tanpa diketahui oleh pemiliknya.

Berdasarkan laporan media, Apple digesa untuk menambah baik jenama telefon pintarnya, iPhone dalam cara mereka memberi kebenaran akses untuk semua aplikasi.


Kelemahan yang terdapat dalam sekuriti peranti Aplle itu dibuktikan oleh seorang pemaju aplikasi, Felix Krasuse yang bekerja dengan Google.

Bagi membuktikannya, Felix telah membina sebuah aplikasi berasaskan iOS yang mana aplikasi tersebut berupaya mengambil foto pengguna telefon pintar terbabit setiap saat, malah memuat naik hasilnya ke internet tanpa kebenaran pemilik peranti tersebut.

Felix kemudian menggelarkan penemuannya itu sebagai ''kelemahan sekuriti yang disalah guna oleh pemaju aplikasi iOS''.


Google sebelum ini juga pernah bertindak menghapuskan beberapa aplikasi palsu yang berkemampuan untuk merakam dalam senyap dan menyamar sebagai aplikasi tulen.

Melalui aplikasi yang dimajukan oleh Felix itu, ia boleh merakam foto atau video selagi aplikasi tersebut dibuka oleh pengguna.


Berbeza dengan satu lagi produk Apple, komputer peribadi Mac, ia mempunyai lampu yang memberi isyarat jika kameranya sedang digunakan. Tetapi, kaedah tersebut tidak disediakan untuk telefon pintar.

Felix bagaimanapun tidak mengatakan Apple telah membuat kesilapan, sebaliknya memberitahu bahawa sistem kebenaran yang mempunyai manfaat itu boleh disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Selain berupaya merakam foto dan video, aplikasi tersebut juga mampu merakam emosi pengguna dan percakapan serta menyiarkannya secara langsung.

Apple dalam pada itu masih belum memberikan sebarang maklum balas mengenai isu yang dibangkitkan oleh Felix.

Facebook juga pernah terpalit dengan isu hampir sama apabila terdapat dalam kalangan penggunanya mendakwa laman sosial itu membaca setiap perbuatan pengguna dengan tujuan kempen pemasaran yang lebih efektif, namun telah dinafikan oleh firma tersebut.

Sesetengah pengguna yang mempunyai kesedaraan terhadap kemungkinan yang ditimbulkan oleh Felix itu kerap menutup lubang kamera yang ada pada peranti mereka bagi tujuan privasi. Malah, tabiat itu turut diamalkan oleh pemilik Facebook sendiri, Mark Zuckerberg yang turut menutup lubang port mikrofon.




Sumber : The Telegraph
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam
  3. Untuk mempermudah kamu bermain guys www.fanspoker.com menghadirkan 6 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di www.fanspoker.com
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  4. DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :) :* :*

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "