Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tidak Benarkan Remaja Bergambar Dengan Kekasihnya, Pelancong Switzerland Parah Dibelasah Di Taj Mahal

27 Okt 2017
2 ulasan

Akibat dia enggan membenarkan sekumpulan remaja yang ingin bergambar dengan teman wanita, seorang pelancong Swizerland retak tengkorak manakala teman wanitanya patang tangan dan lebam dibelasah kumpulan terbabit dekat Taj Mahal, India.

Menurut laporan media tempatan, pasangan itu dihampiri kumpulan remaja terbabit di sebuah stesen kereta api sebelum mereka meminta untuk berswafoto bersama teman wanita lelaki itu.

Bagaimapun, pelancong Switzerland yang dikenali sebagai Quentin Jeremy Clerc, 24, dan Marie Droz menolak permintaan mereka sebelum kumpulan remaja tersebut bertindak menyerang mereka menggunakan batu.

Susulan kejadian itu, pelancongan terbabit retak tengkorak manakala teman wanitanya berusia 24 tahun, juga rakyat Switzerland, patah tangan serta lebam-lebam dan mereka kini dirawat di hospital.


Pegawai Polis, Amit Pathak mengatakan, polis telah mengenal pasti sebahagian suspek.

Setakat ini, seorang suspek ditahan untuk membantu siasatan.

"Sesetengahnya mungkin remaja jadi kami sedang mengesahkan perkara tersebut supaya mereka akan dibicarakan sebagai pesalah juvana," kata Amit.

Motif serangan belum dikenal pasti dan pelancong telah diberikan amaran susulan serangan berunsur seksual berleluasa di sesetengah kawasan di India.

Kedutaan Switzerland antara yang memberikan amaran kepada rakyatnya yang melancong ke Agra, lokasi monumen popular Taj Mahal.

Sumber- BBC News
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "