Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(VIDEO) Bengah Sebak Tengok Afiatul Dah Tamat Sekolah 'Tingkatan Tujuh'

4 Okt 2017
3 ulasan

Siapa yang tidak kenal dengan bengah atau dikenali dengan hashtag #AbangYangPenyayang dalam kalangan pengguna media sosial yang merupakan abang kepada Afiatul, seorang remaja yang istimewa yang mengalami sindrom down.

Baru-baru ini, Hammad Zamakhashari Mohd Noor, 30, atau Bengah, telah memuat naik gambar  Afiatul Salsabiila Mohd Noor, 19, yang berjubah biru dan berjalur keemasan pada sabtu lalu, ternyata ia adalah hari graduasi Afiatul.

Tahun ini merupakan tahun terakhir Afiatul bersekolah selepas belajar dalam aliran pendidikan khas di sekolah selama tujuh tahun.


“Penerima sijil graduasi bagi program pendidikan khas integrasi... Afiatul Salsabiila binti Mohd Noor,” pengumuman yang dirakamkan itu menyaksikan seorang pelajar istimewa yang mengalami sindrom down menerima sijil pada Majlis Graduasi Ke-7 di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Damai di Kuala Lumpur.




Lensa kamera menjadi tumpuan merakamkan saat manis tersebut, tetapi ia tidak menidakkan emosi dalam diri personaliti media sosial itu.

Beliau antara insan yang paling gembira menyaksikan peristiwa bersejarah itu.

“Jujurnya, saya sebagai abang dan antara yang paling rapat dengan Afiatul, rasa sebak bila melihat dia berdiri di pentas pada majlis graduasi.

“Sebak rasa gembira sebab dia dah sampai ke tahap ni, untuk tamat persekolahan. Saya bergurau dan bermanja dengan gelarkan dia sebagai ‘kakak tingkatan tujuh’ sebab umur dia sekarang dah 19 tahun," katanya.


Apabila ditanya pengikut di laman sosial mengenai apakah hala tuju Afiatul selepas tamat persekolahan, penerima Anugerah Personaliti Media Sosial pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 30 (ABPBH30) ini tidak tersinggung.

“Ramai yang tanya selepas ini Afiatul akan bekerja ke, akan sambung belajar ke? Kita sebagai manusia hanya mampu merancang, tapi apa yang lebih penting hidup perlu diteruskan.

“Ada rezeki daripada Allah yang tertulis untuk dia. Cuma kita yang tak tahu. Tapi Bengah dan keluarga akan terus membimbing dia, insyaAllah,” kata Bengah yang merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik, manakala Afiatul anak bongsu. 



Bengah berkata, dia tidak menghalang minat adiknya untuk menonjolkan bakat secara spontan semasa mereka bersama-sama membuat persembahan video atau promosi produk di laman sosial.

Beliau juga turut berkongsi semangat kepada keluarga lain yang turut mempunyai insan istimewa seperti adiknya.

“Teruskan bersama mereka, jangan putus harapan untuk berusaha meyakinkan mereka supaya hidup seperti biasa, sebagaimana kita yang lain.

“Saya juga manusia biasa, tidak sempurna dan ada juga kekurangan tetapi saya cuba berusaha menjadi abang yang penyayang untuk Afiatul dan contoh yang terbaik buat sesiapa yang merasa terbeban atau malu dengan insan istimewa,” katanya.

Rindu pulak lama SK tak up video Afiatul..jom tengok gelagat dia jumpa kawan dia.

Sumber -Mstar
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. mari segera bergabung bersama kami di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g
    silakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya

    BalasPadam
  2. Pagi gan berbagi rejeki bagi pecinta TOGEL atau Games Online bisa bermain bersama di kelinci99.com dan dapatkan bonus freechip setiap harinya dan proses cepat dan pelayanan nyaman akan kami berikan untuk member kita semua penasaran silahkan merapat dan bermain bersama kami ya jika kesulitan bisa juga di bantu dalam pendaftaran ya gan salam JP untuk kita semua TOGEL LOVERS.. pin : 2B1E7B84di add yach.. :*

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "