Kutip Barang Terbuang Demi Isi Perut Anak
Bapa tunggal anak 10, sanggup melakukan apa saja pekerjaan demi menyara empat anaknya yang masih bersekolah.
Demi perut anaknya terisi dan pergi ke sekolah dia melakukan kerja kampung dan mencari barang terbuang kerana tidak mempunyai kelulusan akademik.
Sukri Abdullah, 55, berkata, kematian Wan Nora Ahmad, isterinya dua tahun lalu akibat jangkitan kuman dalam paru-paru menyebabkan kehidupan mereka sekeluarga semakin menderita.
“Saya bapa dan saya juga ibu kepada mereka. Rutin saya berubah sepenuhnya dan pekerjaan dilakukan tergendala kerana perlu bahagikan masa untuk mengambil dan menghantar anak ke sekolah selain menyediakan keperluan mereka.
“Namun, dengan kudrat yang ada, saya akan tetap mencari barang terbuang untuk dijual bagi menyara mereka terutama anak yang masih bersekolah,” katanya.
Empat anaknya yang masih bersekolah, ialah Mohd Lokman, 16, Siti Nur Suriati,14, Mohd Zulkarnain, 12, dan Mohd Al Hafiz, 9.
“Saya bersyukur kerana tiga anak (Nur Hafizah, 26, Mohd Zulhakim, 24, dan Siti Jisam, 22) yang sudah bekerja membantu meringankan beban saya walaupun pendapatan mereka juga tidak seberapa.
“Tetapi cukuplah untuk bantu adik mereka ke sekolah dan beli barang keperluan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Baiti Jannati, Pengkalan Chepa.
Menurutnya, dia akan mencari apa saja barang buangan untuk dijual seperti kotak, besi buruk dan botol plastik di kawasan berdekatan selepas menghantar anaknya ke sekolah.
“Hasil kutipan yang diperoleh setiap hari tidak menentu, ada masanya banyak dan ada masanya sedikit. Biasanya, barang yang dikutip ini terus dijual kepada pembeli barang kitar semula di Kota Bharu dan dalam sehari, saya memperoleh antara RM10 hingga RM20,” tambahnya.
Dia juga tidak mampu untuk membayar bil elektrik yang tertunggak melebihi RM1,000.
“Pada masa sama, anak keenam saya (Siti Nur Shuhada, 18) terpaksa menolak tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Kolej Poly Tech Mara (KPTM) kerana kemiskinan kami.
“Walaupun Shuhada memahami keadaan ini, sebagai ayah saya tetap sedih apabila mengenangkan dia tidak dapat mengejar cita-citanya untuk berjaya hingga ke menara gading.
“Setiap kali saya keluar mencari barang terbuang, Shuhada menjaga adiknya di rumah sementara abang dan kakaknya keluar bekerja," katanya lagi.
Jelasnya, dia turut menggunakan wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300 sebulan untuk membeli keperluan anaknya.
Pada masa yang sama, dia turut berjimat cermat dengan wang bantuan itu kerana membuat sedikit simpanan untuk kecemasan.
Sumber - Harian Metro
mari buruan yang jauh merapat, yang dekat silahkan daftar,mainkan dan menangkan hadiahnya, hanya di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g
BalasPadamagen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877
AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)