Ibu Ini Kongsi Tips Cara Membuat Anak-Anak Tidur Awal Pada Waktu Malam
Jadi ibu bapa ini mesti selalu keletihan sebab tak cukup tidur bukan. Anak-anak pulak mengalami masalah sukar tidur. Jadi hari-hari ibu bapa pergi kerja tanap rasa semangat dan lesu sebab tak cukup tidur. Kandang dah cuba macam-macam cara untuk anak ini tidur awal, tapi kesudahannya ibu bapa yang letih.
Bila malam hari, anak-anak semakin lincah bermain tanpa kenal erti penat. Yang ibu bapa pula sudah mengantuk dan banyak kerja hendak dibuat selain melayan anak-anak. Sudah pelabagi cara dilakukan masih lagi tidak mahu tidur. Selagi belum menangis selagi itu dia belum mahu tidur.
Tahukah anda terdapat beberapa cara yang mudah untuk memastikan anak anda tidur awal pada waktu malam. Menerusi perkongsian Nuraisyah Abu Husin, beliau telah berkongsi beberapa tips agar memudahkan anak untuk tidur awal. Lama kelamaan anaknya telah menjadi terbiasa dengan keadaan ini. Semoga tips yang dikongsi ini dapat membantu ibu bapa yang mempunyai masalah menidurkan anak.
Parenting tips
Selalu kawan-kawan aku tanya, apa yang aku buat sampai anak-anak aku mesti akan tidur setiap hari Jam 7.40-8.30 malam. Dulu, aku pun tak tahu tips ni. Masa adam kecik-kecik dahulu, selalu sangat dia terjaga malam atau tidur lambat. Endingnya, pagi aku dan laki aku jadi zombie. Dia sedap tidur pagi. Kite orang? kena keje kan..
So aku banyakla membaca tips-tips dari ibu bapa lain dekat Facebook ini. Dan aku apply, alhamdulillah mmbuahkan hasil. Dah berbulan-berbulan anak aku displin tidur awal. Kite orang laki bini pun dapat me-time lebih selalu.
Okay caranya macam ini.
1) Kau orang balik keje pukul 5/6 petang itu memang kena spend masa betul-betul dengan anak-anak. Tolak benda lain ketepi, ajak la dia orang main kat playground ke, main basikal ke, menari ke, apa-apa aktiviti yang memerlukan tenaga yang banyak. Ini untuk anak yang dah pandai berjalan.
2) Untuk baby macam Ayra (5bulan), aku cuba cara ini dan sangat-sangat la berkesan.. Sejam sebelum nak tidurkan dia, mandikan dulu dengan air suam, jangan lupa sapu minyak telon. Kena jaga perut baby supaya tak kembong. Selepas itu, sila buat dia ketawa. Ketawa, guling, happy-happy (bukan tinggalkan dia main sndri ye, kita kena layan dia). Aktiviti ni berat untuk baby, bagi dia macam ahhhh penatnya hari i banyak gelak. Haha jadi smpai masa dia akan tidur lena..
3) Balik semula untuk anak umur macam Adam (1tahun 11bulan), bagi dia makan kenyang-kenyang dalam pukul 7 itu. Ada masa anak tak nak makan kan? Benda ni akan kesan masa tidur dia, sama ada dia tak boleh tidur sebab perut lapar atau dia tidur dulu lepas itu terbangun tengah malam. Kite orang selalu dah kena benda ni, jadi kalau tiba-tiba Adam tak nak makan malam, kite orang bagi dia pisang. Pisang boleh buat perut dia tahan sampai esok (diantara malam tu dia menyusu la)
4) Ibu dan ayah kena berkorban masa malam. Nak start benda ini bukan papp bolehh je displin.. Nak biasakan anak-anak dengan satu perkara ini makan masa, jadi kalau nak anak-anak tidur awal. Malam ibu ayah tak payah la keluar rumah. Jenis macam kite orang kalau balik rumah ibu bapa, ada masa nak makan malam luar kite orang pesan siap-siap kena keluar betul-betul lepas maghrib dan balik awal sebab budak-budak tidur awal. Alhamdulillah mak ayah kite orang memang very understanding bab-bab cucu ni.
5) Oh satu lagi, masa tidur buka Surah Ruqyah (set ulang sampai esok pagi, kau orang bole beli mini radio yang ada surah banyak-banyak itu) ini boleh lindungi anak-anak kau orang dari gangguan tengah malam. Faham-faham jela kan. Sebab aku pernah terbaca yang jika anak-anak terbangun tengah malam itu maksudnya ada “benda halus” kejutkan ajak main/ganggu. Wallahualam.
6) Pastikan lampu tutup ye. Selagi lampu buka selagi itu dia orang susah tidur. Untuk ibu bapa yang ada 2-3 anak, cuba tidurkan yang kecik dulu. Macam aku tidurkan Ayra dulu, baru Adam. Masa aku tidurkan Ayra itu ayah sambung buat adam penat, bagi dia lari-lari satu rumah. Ketawa-ketawa macam happy bebenau.
Boleh cuba ye ibu ayah semua. Training displin ini sebulan aje lepas tu kau orang merdeka la malam memang kau orang yang punya. Dia orang dah tidur kau orang pegi la layan korea smbil lipat baju ke apa ke. Anak-anak kite orang memang dah tune, pukul 8.30 dah kesat-kesat mata tu kira paling lambat dah la melainkan dia balik rumah tok nenek dan jumpa sepupu-sepupu tu aku memang tak boleh halang. Sebulan sekali kan.
Ini tips ikhlas dari pengalaman kami sendiri.
Tapi aku pesan awal, spesis anak yang tidur awal ini dia orang akan bangun awal. Pukul 5-6 pagi mata dia orang dah segar bugar 😂 Boleh cuba ! And share jika bermanfaat !
Sumber - Nuraisyah Abu Husin
mari buruan yang jauh merapat, yang dekat silahkan daftar,mainkan dan menangkan hadiahnya, hanya di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g
BalasPadamagen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877
AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)