Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dengar Seperti Objek Terhempas, Pelajar Lelaki Maut Dipercayai Jatuh Dari Tingkat 5 Asrama Perempuan

19 Okt 2017
2 ulasan

Seorang pelajar lelaki berusia 22 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lima bangunan kediaman pelajar perempuan di Sungai Chuchuh, Padang Besar awal pagi tadi.

Mangsa yang berasal dari Perak dijumpai oleh pengawal keselamatan dalam keadaan terlentang kira-kira jam 1.30 pagi.

Pengawal keselamatan bertindak memeriksa keadaan selepas mendapat laporan pelajar yang mendakwa terdengar bunyi seperti objek terhempas.

"Difahamkan, mangsa yang menuntut di sebuah universiti di selatan tanah air, datang bertemu rakannya yang tidak pulang bercuti sempena perayaan Deepavali," katanya.

Superitendan Ghazani Abd Ghani, Ketua Polis Daerah Padang Besar mengesahkan kejadian tersebut berlaku.

"Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut," katanya.

Jasad mangsa dibawa ke Hospital Tunku Fauziah (HTF) untuk dibedah siasat.

Sumber : BH Online, Harian metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Kecewa dengan agen online game yang lain?
    Daftar disini aja, buruan u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g :)

    BalasPadam
  2. AJOQQ agen judi poker online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    gampang menangnya dan banyak bonusnya :)
    ayo segera bergabung bersama kami hanya di AJOQQ :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "