Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Homestay Cantik Bak Show House, Tapi Tuala Tak Disediakan, Antara Perkara Nampak Kecil Tapi Diingati Pelanggan Sampai Bila-Bila

19 Okt 2017
2 ulasan

Bagi mereka yang gemar bercuti di kawasan luar bandar atau ingin menikmati keindahan alam yang mana biasanya jauh dari hotel, homestay yang disediakan oleh penduduk setempat sering menjadi pilihan. Selain selesa seolah-olah dirumah sendiri, harganya yang lebih murah mungkin menjadi faktor mengapa homestay menjadi pilihan pelancong. Namun, seringkali pengusaha homestay terlupa untuk menyediakan beberapa kemudahan yang biasa ditemui jika menginap di hotel, misalnya kain tuala.

Presiden Hartaguam, Taun Salkukhairi Abd Sukor berkongsi pendapatnya serta beberapa cadangan yang boleh diberi perhatian oleh pengusaha homestay, kami bawakan perkongsiannya untuk anda dibawah.

PENGUSAHA HOMESTAY PERLU UTAMAKAN PERKARA YANG LEBIH PENTING UNTUK PELANGGAN.

1. Saya dapati ada sesetengah pengusaha homestay yang memberi keutamaan kepada perkara besar yang tidak penting berbanding perkara kecil yang lebih penting untuk pengunjung.

2. Misalnya ada pengusaha homestay yang menghias homestaynya persis show house projek perumahan dan ada juga yang menghias homestaynya penuh dengan bunga hiasan mengalahkan kedai bunga.

3. Tetapi malangnya, lupa menyediakan tuala untuk pengunjung. Atau berkira untuk meletakkan sabun atau mandian di bilik air untuk kegunaan pengunjung. Bahkan ada sesetengah homestay yang tisu sekotak pun sayang nak letak di homestaynya.

4. Kebanyakan pelanggan tidaklah memandang sangat hiasan yang melampau di sesebuah homstay. Bukannya mereka ada masa pun nak menikmati semua hiasan dalaman yang anda sediakan itu. Asalkan keadaan homestay bersih, kemas dan teratur, ianya sudah memadai.

5. Apalah gunanya hiasan dalaman homestay bagai nak rak, tetapi keperluan asas yang walaupun nampak kecil, tetapi sangat memberi kesan yang besar kepada pelanggan diketepikan.

6. Bayangkan kalau pemilik homestay tak sediakan tuala. Kalaulah pengunjung tersebut tidak bawa tuala, agak-agak dengan apalah mereka nak lap badan selepas keluar daripada bilik air?

7. Begitu juga dengan kemudahan alat-alat pembersihan diri. Perkara tersebut mungkin kecil bagi pemilik homestay atau pemilik homestay beranggapan pandai-pandailah pelanggan bawak sendiri, tak kan nak sediakan semua benda.

8. Tetapi percayalah, dengan perkara kecil sebegitu lah yang akan diingati oleh pelanggan sampai bila-bila berbanding bunga-bunga hiasan plastik warna- warni yang anda letak di setiap sudut homestay tersebut.

9. Percayalah, dengan anda menyediakan sedikit kelengkapan untuk membancuh air seperti teh uncang dan gula yang harganya tidak seberapa itulah misalnya yang akan dianggap lebih berharga dan dihargai oleh pelanggan berbanding anda sediakan teko jenama arkopal atau alkorox.

10. Ingatlah, kecil di mata anda tetapi mungkin besar di mata pelanggan. Besar di mata anda, tetapi belum tentu besar di mata pelanggan.

11. Akhir kata, maaf andainya tulisan ini menyinggung perasaan segelintir pengusaha homestay. Anggaplah tulisan ini sebagai komen positif untuk anda memberikan perkhidmatan yang lebih baik untuk pelanggan anda demi kelangsungan perniagaan anda juga.

Wallahuaklam.

Jika anda setuju, sila LIKE dan SHARE. Jangan lupa TAG pengusaha homestay yang anda kenal. Moga sama-sama dapat manfaatnya. Insya Allah

SALKUKHAIRI ABD SUKOR

Peguambela & Peguamcara,
Pengunjung Tetap Homestay,
Kuantan, Pahang

Sumber : Salkukhairi Abd Sukor
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Kecewa dengan agen online game yang lain?
    Daftar disini aja, buruan u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g :)

    BalasPadam
  2. AJOQQ agen judi poker online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    gampang menangnya dan banyak bonusnya :)
    ayo segera bergabung bersama kami hanya di AJOQQ :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "