Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Demi Anak, Sanggup Tolak Kerusi Roda Sejauh 1KM Setiap Hari

31 Okt 2017
One Comment

BATU PAHAT: Seorang wanita cekal menolak anaknya dengan kerusi roda sejauh lebih satu kilometer ke Klinik Kesihatan Senggarang, dekat sini, setiap hari untuk mendapatkan rawatan.

Poniah Kadiri, 50, yang tinggal di Lorong Tanjung, batu 12 1/2 Senggarang, berbuat demikian semenjak dua bulan lalu berikutan anaknya, Nur Farah Afiqah, 19, mengalami luka melecur di kaki kirinya yang perlu di rawat setiap hari.

Nur Farah atau nama manjanya Saloma, adalah mangsa langgar lari lebuhraya Utara Selatan (PLUS), berhampiran Pagoh, Muar, awal September lalu, ketika dalam perjalanan pulang bercuti dari Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) ke Sengarang dengan menaiki motosikal, kini hanya mampu terlantar berikutan kecederaan parah yang dialaminya.

Menurut Poniah, selain melecur di kaki kiri akibat terhempap ekzos motosikal ketika kejadian, anaknya juga mengalami gegaran otak, patah tengkuk dan rahang serta retak tempurung kepala.


Jelasnya, meskipun keletihan kerana perlu berulang alik ke klinik setiap hari, dia tetap tabah kerana adalah menajdi tanggungjawabnya supaya anak kesayangannya itu pulih seperti sediakala dan mampu menyambung pengajiannya suatu hari nanti.

"Setiap hari saya bangun seawal jam 4 pagi bagi memasak dan membungkus 200 paket nasi lemak serta kuih-muih untuk dijual di pekan Senggarang sehingga jualan habis kira-kira jam 6.30 pagi.

"Selepas itu saya pulang ke rumah untuk berehat dan menyediakan anak yang lain untuk ke sekolah sebelum menyiapkan Saloma untuk ke Klinik Kesihatan kira-kira jam 9.15 pagi setiap hari sejak dua bulan lalu.

"Doktor di Klinik Kesihatan berkata luka melecur Saloma masih basah dan perlu dicuci serta dirawat setiap hari bagi mengelakkan jangkitan kuman. Rawatan untuk Saloma akan selesai menjelang jam 12 tengah hari sebelum saya akan menolaknya pulang ke rumah," katanya yang dipetik dari laporan Berita Harian

Tambah Poniah lagi, beliau akan terus berusaha dan melupakan perasaan letih bagi memastikan anak ketiganya itu sembuh sepenuhnya supaya hasrat Saloma untuk menyambung semula pengajian dalam bidang akaun dan menjadi akauntan untuk membantu keluarganya tercapai satu hari nanti.

"Alhamdullilah, Saloma tidak lumpuh walaupun kecederaannya amat parah berikutan patah tengkuk dan mengalami gegaran otak sehingga perlu memakai besi penstabil di kepalanya. Namun, Saloma masih belum dapat berjalan berikutan kecederaan di kakinya selain belum dapat mengimbangi badan dengan sempurna lagi.

"Selepas kemalangan tempoh hari Saloma koma dua hari selain hilang ingatan selama dua minggu namun hasil rawatan doktor, ingatannya semakin pulih dan hanya mengalami kesukaran bercakap berikutan rahangnya patah selain kecederaan kaki dan kepalanya yang sedang dalam pemulihan," akhirnya.

Sumber- Berita Harian
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. segera daftar di agen judi D!E!W!A!P!K dengan minimal deposit 10.000 bisa menang jutaan rupiah :* :* :*

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "