31 Okt - Kemalangan yang membabitkan sebuah lori dan sebuah bas menyebabkan trafik perlahan di Lebuhraya Plus Km 178.4 utara dari Tangkak ke Jasin apabila ia menyebabkan semua lorong terhalang.
Akaun Plusline menerusi laman Twitter mereka mengesahkan kejadian itu manakala LLM Trafik menasihati orang ramai agar menghindari jalan terbabit dan menggunakan jalan alternatif.
Dalam pada itu, Bomba Melaka dalam satu kenyataan di Twitter memberitahu kemalangan itu menyebabkan 6 mangsa cedera.
"Kemalangan Jalanraya KM 178.4 Lebuhraya Plus Arah Tangkak Ke Jasin melibatkan sebuah lori dengan bas 6 orang mangsa cedera." tulis akaun terbabit.
Bagaimanapun, belum ada laporan penuh tentang kejadian itu.
31.10.17— JBPM BOMBA MELAKA (@JBPMBombaMelaka) October 31, 2017
Kemalangan Jalanraya KM 178.4 Lebuhraya Plus Arah Tangkak Ke Jasin melibatkan sebuah lori dengan bas 6 orang mangsa cedera .. pic.twitter.com/sc6V0HkEPP
10.14am PLUS@E2: Kemalangan lori dan bas KM178.1 utara (Tangkak-Jasin).Semua lorong terhalang & trafik terhenti.Sila ambil laluan alternatif pic.twitter.com/W7KdV0fN49— LLM Trafik (@LLMinfotrafik) October 31, 2017
@plustrafik sebelum susur jasin pic.twitter.com/lFzmUya4Is— matkatakhijau (@matkatakhijau) October 31, 2017
Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
BalasPadamKesempatan Menang Lebih Besar,
|| bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||