Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bom Perang Dunia Ke-2 Punca Letupan di Tapak MRT di Sungai Besi, 2 Putus Kaki

11 Okt 2017
2 ulasan


Kuala Lumpur, 11 Okt - Letupan di tapak pembinaan MRT  Bandar Malaysia dekat Sungai Besi pada jam 5 petang selama disahkan berpunca dari bom lama peninggalan Perang Dunia ke-2.

Perkar aitu disahkan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh selepas siasatan dilakukan leh Unit Polis Forensik di lokasi kejadian.

Ia adalah bom lama ketika Perang Dunia Kedua dan meletup secara tiba-tiba sewaktu kerja pembinaan sedang dijalankan,” katanya.

Dalam tragedi itu, sekurang-kurangnya tiga pekerja di tapak itu cedera parah dan dua dari mereka putus kaki.

Dalam pada itu, MC-Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd dalam satu kenyataan mengesahkan tiga pekerjanya yang parah berada dalam keadaan stabil di hospital.

Untuk rekod, Bandar Malaysia Selatan satu daripada 11 stesen bawah tanah membabitkan laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya dan MMC-Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd adalah kontraktor bagi kerja-kerja bawah tanah.

Sumber: Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. AJOQQ agen judi poker online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    gampang menangnya dan banyak bonusnya :)
    ayo segera bergabung bersama kami hanya di AJOQQ :)

    BalasPadam
  2. Gabung yuk di updatebetting
    Ini pin bbmnya 5ee80afe :D

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "