Seorang lelaki di Kolombia merana pipinya mereput selepas melakukan pembedahan pipi yang dijalankan oleh seorang doktor palsu.
Jerson Trujillo, 28, membuat pembedahan itu untuk kelihatan seperti wanita - namun pembedahan itu nampaknya tidak berjaya.
Sebaliknya, dia merana apabila pembedahan itu menyebabkan mukanya cacat. Bukan sahaja tidak kelihatan ayu seperti wanita, malah pipi dibelah kirinya kini mereput dan menggelembung.
Difahamkan, gelembung itu hasil dari sel imunnya yang berkumpul untuk cuba menghalang dari bahan asing di dalam badan yang tidak dapat dihapuskan.
Lelaki dari Neiva itu telah melalui empat pembedahan susulan bagi membaiki kerosakan yang dibuat oleh doktor palsu itu.
"Daifnya saya, langsung tak tahu apa yang mereka masukkan dalam badan saya," kata Jerson yang mula mendapatkan khidmat doktor palsu itu empat tahun lalu.
"Muka saya hancur, mereput dan keluar nanah." katanya sambil menambah mukanya turut menjadi kemerahan dan 'panas' selepas dicucuk dengan satu cecair misteri.
Doktor palsu itu, yang dipercayai sekarang ini sedang melarikan diri, memberitahu Jerson bahawa dia mahu menyucuk tulang pipi lelaki malang itu untuk menjadikannya lebih berisi.
Masalah tidak timbul sehinggalah seminggu kemudian selepas dia pergi untuk rawatan pelembab.
Pelembab itu memberi reaksi negatif terhadap bahan yang dicucuk ke dalam tulang pipinya, lapor berita tempatan.
Tiga bulan selepas rawatan pelembab itu, dia mula mengalami simpton.
Jerson |
Sumber: Daily Mail
AJOQQ agen judi poker online terpecaya dan teraman di indonesia :)
BalasPadamgampang menangnya dan banyak bonusnya :)
ayo segera bergabung bersama kami hanya di AJOQQ :)