Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Boleh Menulis Dengan Dua-Dua Tangan Serentak, Semua Pelajar Sekolah Luar Bandar Ini Miliki Kemahiran Luar Biasa

31 Okt 2017

Sebuah sekolah di India walaupun terletak di kawasan pedalaman, namun mempunyai keunikkan tersendiri apabila cita-cita luar biasa pengetuanya, VP Sharma berjaya melahirkan pelajar-pelajar dengan bakat yang digelar sebagai Ambidextrous.



Ambidextrous adalah kelebihan untuk menulis menggunakan kedua-dua belah tangan dengan kualiti yang sama baik. Berdasarkan laporan, hanya 10 peratus sahaja populasi di dunia yang menulis dengan tangan kiri, namun mereka yang mempunyai kelebihan ambidextrous lebih sukar untuk ditemui, iaitu hanya 1 peratus sahaja daripada populasi keseluruhan penduduk dunia.

Dan kesemua 300 orang pelajar Sekolah Veena Vandini yang terletak diluar bandar ini mempunyai keunikkan tersebut. Bagi memastikan pelajar-pelajar tersebut mengusai kemahiran ini, mereka akan berlatih selama 15 minit untuk setiap pembelajaran yang berlangsung selama 45 minit.


VP Shama yang juga seorang bekas askar memberitahu bahawa dia mendapat inspirasi untuk menerapkan kemahiran tersebut dalam kalangan pelajarnya daripada Presiden India yang pertama, Dr Rajendra Prasad yang merupakan seorang Ambidextrous.

"Saya membaca sebuah majalah bahawa Dr Rajendra Prasad menggunakan kedua-dua tangannya untuk menulis. Ia memberi inspirasi kepada saya untuk mencuba.

"Saya melaksanakan latihan itu di sekolah saya di kampung halaman saya, cuba untuk melatih para pelajar.



"Kita mula melatih pelajar dari Tahun Satu dan apabila mereka memasuki Tahun Tiga, mereka sudah selesa menulis menggunakan kedua-dua tangan," tambah Sharma.

Pelajar-pelajar berjaya menguasai sepenuhnya kemahiran tersebut apabila sudah masuk Tahun Empat dan Tahun Lima. Mereka sudah boleh menulis dengan laju dan tepat.

VP Sharma turut memberitahu bahawa meraka yang benar-benar mahir mampu untuk menulis dua artikel secara serentak, masing-masing satu artikel untuk setiap tangan. Malah pelajar-pelajarnya turut menguasai beberapa bahasa termasuklah bahasa Urdu.


Sumber : Mirror UK
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. #fansbetting situs b0la online terpercaya :)

    BalasPadam
  2. yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "