Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Anak Saya Terpaksa Berkhatan Awal Kerana Mengalami Phimosis

31 Okt 2017

Selalu kita dengan orang dewasa sahaja yang mempunyai masalah untuk membuang air kecil bukan? Jarang sekali kalau hal ini terjadi kepada kanak-kanak. Tapi tidak mustahil kanak-kanak juga boleh mengalami masalah kesukaran membuang air kecil ini.

Sakit ini dinamakan phimosis, iaitu zakarnya kelihatan kembang pada hujungnya seperti belon dan seolah-olah mahu meletup. Namun, terdapat tanda-tanda lain yang membolehkan anda mengenalpasti tanda-tanda phimosis terhadap anak-anak anda. Ibu bapa perlu memberi perhatian kepada anak anda terutama jika dia kurang membuang air kecil.

Menerusi perkongsian Maizatul Akmal Abdullah Zawawi, anaknya kerap mengalami masalah kesakitan dibahagian alat sulitnya. Beliau juga tidak sedar bahawa anaknya mengalami tanda-tanda phimosis namun, dia sempat mendapatkan rawatan untuk anaknya secepat mungkin.


Muhammad Amsyar Anaqi & PHIMOSIS

Mula-mula sekali, tolong jangan salah paham. Post ini bertujuan untuk sebarkan ilmu sesama umat. Bukan berunsur lucah. Dan post aku kali ini memang sangat panjang. Siapa rasa nak tambah ilmu sila la baca. Siapa tak mau aku tak kisah. Ini sekadar perkongsian.

What is Phimosis?
Phimosis is a condition where the foreskin is too tight to be pulled back over the head of the penis (glans).

Faham tak? Kalau bahasa kedah orang panggil bebird buta kot istilah dia. Anak aku Muhammad memang ada masalah ini sejak baby and kami tak menyedari langsung tentang masalah ini.

Ok balik ke Muhammad punya kes. Al kisahnya anak aku berhenti pakai pampers bulan enam lepas dia sihat dari typhoid. Jadi dalam proses potty - training aku perasan habits anak aku bila dia buang air kecil mesti ambil masa yang agak lama dari anak-anak sedara aku yang lain. Tambahan pula, bila dia buat projek kecil beliau, mesti bebird dia kembung macam belon. Tapi masa itu aku tak terlintas apa-apa masalah pasal Muhaammad tak pernah ada masalah buang air kecil baikpun besar.

Masalah mula timbul aku perasaan anak aku ada satu tabiat yang suka buat aku risau. DIA SUKA PEGANG BEBIRD DIA! Setiap kali aku tegur dia jawapan yang aku dapat "Muhammad punya bebird keras la Mama". Aku apa lagi meroyan mengamuk marah kat dia. Aku selalu mengadu dekat mak aku. Dekat mana la dia belajar benda macam ini. Akhirnya aku akan marah dia and Muhammad akan mintak maaf janji tak buat lagi. Tapi janji hanya tinggal janji. Muhammad masih dengan tabiat dia.

Sampai la minggu lepas, disebabkan baba Muhammad cuti lama kami pun balik kampung mak aku di Hutan Kampung, Alor Star. Kebetulan sepupu-sepupu dia dari Shah Alam balik kampung. Muhammad nampak lain dari selalu. Dia jadi cengeng. Pantang salah sikit nangis, pantang silap sikit mengamuk lepas itu asyik pegang bebird dia. Kali ni dia mengadu cakap "Mama, bebird Muhammad sakit, tolong picit sat."

Aku dah pelik. Aku belek bebird dia tak ada apa yang mencurigakan pun. Tapi dia masih bagitahu bebird dia sakit. Dia punya tonyoh bebird dia sampai nampak macam melecet. Semua ni berlaku dalam sehari. Kami terus bawak Muhammad pergi klinik berdekatan dengan umah mak aku. Kebetulan klinik tu nama KLINIK DR MUHAMMAD. Jadi, Muhammad memang suka pergi klinik Dr Muhammad dengan alasan doktor itu sama nama dengan beliau. Dasyat tak anak aku?? Hahaha.

Dekat sini la bermula kisah Muhammad dan Phimosis.

Sepanjang perjalanan nak pergi klinik aku memang dah terlintas silap-silap anak aku kena khatan awal sebab masalah bebird dia ni. Aku bagitau kat mak aku ngan husband aku pasal aku punya terlintas tu tapi mak dengan husband aku hingaq cakap aku ni drama ja lebih so aku ignore ja perasaan aku. Muhammad pulak makin menjadi mengadu sakit bebird dia. Bila masuk jumpa Dr Muhammad sekali tengok Dr Muhammad diagnosed anak aku ada symptoms Phimosis. Soalan yang Dr Muhammad tanya kat aku ada 4 soalan.

Soalan 1
DrMuhammad tanya anak aku bila kencing sakit tak.Anak aku jawab tak. Aku dalam hati alhamdulillah anak aku tak dak masalah.

Soalan 2
'Puan, bila dia kencing dia amek masa yang lama tak dalam toilet?' Gulp..aku dah terkedu sat.

Soalan 3
'Ada tak dia selalu pegang bebird dia macam satu habit?' Aku jadi terdiam sat.

Soalan 4
Waktu dia kencing bebird dia kembung tak macam belon and air kencing macam tak lancar..lama proses kencing tu? Soalan ni memang buat aku tewas. Sumpah lembik lutut time .

Anak aku ada semua symptoms ni sejak dia baby terutama bahagian kencing kembung macam belon tu. Dan aku aware ok cuma pasai kejahilan aku tak tau tu adalah symptoms kepada masalah anak aku. And guess what..the best treatment is of course as my thought CIRCUMCISION la.. Aku masa tu dah lembik lutut nak kena berkhatan. Anak aku baru cukup 4 tahun. Umur budak baru nak belajar lasak. 
Dah la tiba-tiba ja nk kena sunat. Bukan atas persetujuan bersama. Aku dah mula risau. Disebabkan aku punya cuak, Dr Muhammad terang yang Phimosis ni normal untuk baby. Semua baby melalui proses ni. Cuma dia start tak normal bila anak makin membesar tapi bebird dia still tak boleh nak ĺoceh.. Tak boleh nak tarik. Disebabkan memang ada infection Dr Muhammad cuma bagi antibiotics dan pain killer berserta refer letter as suggested by Dr muhammad habis antibiotics pergi hospital and jangan tangguh sebab saluran kencing Muhammad sangat kecil. Kalau biar boleh kesan buah pinggang.. Makin teruk kalau Muhammad sampai tak boleh kencing. So lepas ambil ubat kami balik Sungai Petani sebab esoknya baba Muhammad kerja.



Bermula Azab

Pagi Isnin Muhammad bangun pagi dia langsung tak kencing. Padahal rutin dia setiap pagi bila bangun terus lari ke toilet. Memang wajib untuk muhammad kencing di pagi hari. Tapi tak! Sikit pun tak! Dia minum air banyak macam hari-hari tapi tak kencing..hampa rasa? Dia still mengadu sakit tapi bebird dia dah tak merah nampak macam melecet. Teka apa? 4 petang baru dia kencing dan Muhammad nampak terseksa sangat macam terseksa. Dan dia dah mula merengek balik. Kali ini siap ajak pi hospital nak potong bebird dia. Nampak dia makin tak keruan.. Aku call suami aku ajak pergi hospital. Lepas suami aku balik terus kami tergesa-gesa ke hospital. Lepas doctor dekat Emergency tengok terus Muhammad di letak bawah surgeon Dr Shazly. Malam semalam jugak Muhammad admitted. Dr Shazly sahkan memang PHIMOSIS and pagi esoknya Muhammad kena khatan. Kami terus setuju memandangkan Muhammad dah tak kencing and memang bahaya untuk dia. So Muhammad kena puasa malam tu sedangkan dia kecik lagi and khatan Muhammad special case, dia nak kena full bius. Ok kami setuju ja and sign consent form.

Hari Ditunggu Tiba

Hari ni 24hb October genap Muhammad 4 tahun 21 hari Muhammad dah jadi lelaki sejati (anak mama dah boleh kahwin) dan bila semua proses dah selesai dia sedar ayat pertama dia 'Mama..Muhammad dah tak sakit bebird. Dan Dr Shazly memang cakap nasib baik cepat. Saluran kencing Muhammad memang sangat sempit. Alhamdulillah kami cepat . Tapi sumpah aku masih ralat tak aware dengan badan anak sendiri.



Pokoknya tolong la pantau urinary anak. Jangan la jadi macam kami.
Dah janji dengan Muhammad sihat nanti nak bawa dia tambah collection Thomas and friends dia. Setiap kali masuk ward bertambahlah collection beliau. hahaha. Tak apa la anak demi kamu mama sanggup keluar beribu biji Sambusat Kak Biyan.


Sumber - Maizatul Akmal Abdullah Zawawi
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. #fansbetting situs b0la online terpercaya :)

    BalasPadam
  2. yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam
  4. Promo www.Fanspoker.com :
    - Bonus Freechips 5.000 - 10.000 setiap hari (1 hari dibagikan 1 kali) hanya dengan minimal deposit 50.000 dan minimal deposit 100.000 ke atas
    - Bonus Cashback 0.5% Setiap Senin
    - Bonus Referal 20% Seumur Hidup
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "