Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Anak Mengamuk, Bagi Tab, Anak Bersikap Negatif Ibu Bapa Bagi Reward, Akhirnya Sikap Negatif Berkekalan - Pensyarah

31 Okt 2017
5 ulasan

Di mana-mana sahaja pada hari in, tidak sukar sebenarnya untuk kita melihat kanak-kanak bermain dengan pelbagai gajet misalnya tab dan telefon pintar. Kadang-kadang ibu bapa memberikan kemudahan ini kepada anak-anak mungkin kerana anaknya terlalu meminta, mungkin juga kerana terikut-ikut dengan trend ibu bapa sekarang ataupun memudahkan kerja kerana anak boleh duduk diam bila dapat pegang gajet-gajet tersebut.

Tetapi, berapa ramaikah ibu bapa yang sedar dengan keburukan yang sudah mereka bawa dalam kehidupan anak masing-masing dengan membenarkan mereka bermain dengan gajet secara berlebihan dan tanpa sebab yang munasabah? Seorang wanita yang juga ahli terapi yang dikenali sebagai Juliana Aminah telah berkongsi pendapatnya mengapa ibu bapa patut berhati-hati dalam memberikan gajet kepada anak-anak. Jom ikuti perkongsiannya.

Sedang makan di restoran. Kebetulan bersebelahan dengan dua keluarga:

1. Ibu, bapa dan anak dalam lingkungan 8-9 BULAN. Sementara menunggu makanan sampai, ibu menyuapkan bubur nasi kepada anak. Bila makanan sampai, dipasangkan video lagu Didi and friends. Maka kedua ibu bapa menikmati makanan tanpa gangguan.

2. Ibu, bapa dan anak dalam lingkungan 2-3 tahun. Anak menjerit-jerit nak maggy. Terdengar anak komen itu ini, sambil ibu dan ayah angguk. Buat muka "alahai anak aku". Sedikit goyah kesabaran. Bila makanan sampai. Anak duduk atas meja. Cuba makan, tapi cakap, tak nak ni. Lepas tu cuba makanan lain. Kejap duduk kat kerusi. Kejap atas meja. Ayah mula buat muka bosan. Tapi masih layan. Major respect!

Ibu bapa ni langsung tak keluarkan handphone, hatta untuk ambil gambar makanan pun. Mereka terus makan dan layan karenah anak. Anak juga tidak langsung sebut nak hp/tab. Bila ayah sudah makan, sambil menunggu ibu makan, ayah hanya pandang dan bersembang dengan ibu dan anak. Dan anak langsung tak berlari tinggalkan meja!

Ibu bapa, tab atau handphone memang banyak kegunaan. Malah kami terapis pertuturan-bahasa juga gunakan alat-alat ini dalam terapi. Tapi apabila "reward" diberi tanpa sebab, semata-mata untuk mengalih perhatian anak, maka benda-benda ini telah memberi kesan negatif kepada anak.

 Antara 3 kesan negatif:

1. Anak menjadi kurang sabar. Kerana selalu menonton kartun/animasi yang mempunyai pergerakan laju. Mereka akan melihat pergerakan persekitaran adalah lambat. Jadi bayangkan kehidupan anak yang sentiasa tidak puas dan tiada tumpuan kepada perkara lain selain tab/hp.

2. Anak akan ketagih dengan tab/hp. Kerana pembinaan minat mereka ke atas dunia maya yang berterusan. Mereka merasakan mereka dapat terus melihat benda baru di sebalik screen. Tetapi kadang-kadang mereka hanya menonton perkara sama berulang kali.

Ini menunjukkan simptom ketagihan. Yes, bila ketagih, agak sukar dipulihkan. Bayangkan ketagih puting (pacifier), ketagih kopi dan ketagih dadah.

Jadi bagaimana kita nak memupuk minat membaca / melukis / bersukan dan lain-lain?

3. Anak akan membina beberapa sikap negatif (behavior problem). Seperti "degil", pemarah dan sukar mendengar kata. Ini kerana sejak bayi mereka dibiasakan diberi "reward" tanpa sebab yang sepatutnya. Apabila anak menangis, maka ibu bapa SEGERA memberi tab/hp. Nampak? Nangis (negatif) dapat tab/hp (reward), maka sikap negatif kekal. Jadi, kanak-kanak ini terdidik untuk gunakan sikap negatif untuk dapatkan reward.

Jadi ibu / bapa  /penjaga, fikirkan. Apakah ini yang anda mahu berikan kepada anak anda?

Orang sekitar pula. Tolong jangan marah atau buat muka jika ada kanak-kanak berlari dan bising dalam restoran semasa anda ingin makan. Itu memang tugas kanak-kanak. Kalau anda ingin masa senyap sendirian, sila tempah kubur.

Tambahan:

Saya tidak menyatakan yang kanak-kanak boleh dibenarkan melakukan apa sahaja sesuka hati. Tetapi saya ingin tegaskan bagaimana kesan penggunaan tab/hp kepada kanak-kanak. Dan bagaimana mudahnya ibu bapa menggunakan jalan singkat untuk menyelesaikan "masalah" anak mereka.

Sila nampak kesan memberikan "reward" kepada "sikap negatif". Maka kanak-kanak difahamkan hanya boleh mendapatkan sesuatu dengan memanipulasi ibu bapa. Ngamuk, nangis dan lain-lain. Jika faham perkara ini, praktikkan di mana-mana sahaja.

Jika kanak-kanak melakukan perkara baik, contoh menghabiskan makanan atau duduk di kerusi tanpa berlari, yes, boleh berikan tab/hp sebagai reward selepas itu. REWARD hanya boleh diberikan SELEPAS perkara baik dilakukan. Sebab itu ianya digelar "reward".

Lagi satu, tolong bezakan yang mana "masalah kelakuan" (behavior problem) dengan "kelakuan kanak-kanak biasa" (kids just being kids).

Jika kanak-kanak (3 tahun) hanya ingin berlari sebentar dan apabila dipanggil tiada masalah dan terus duduk. Ya, itu hanya kelakuan biasa.

Tetapi, jika kanak-kanak 6 tahun berlari dan menarik segala barang, dan tidak mahu duduk. Itu adalah masalah kelakuan yang memerlukan perbincangan panjang. Dan, mungkinkah ini contoh kesan daripada penggunaan tab/hp di mana kanak-kanak ini melihat setiap pergerakan sekeliling itu lambat. Sebab itu dia berlari. Fikirkan.

Ms Ju

Terapis Pertuturan-Bahasa

Pensyarah IIUM

Sumber : Juliana Aminah
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 5 ulasan )
  1. sembang kesan, sana sini.. kesan ke persepsi? bultikan lah

    BalasPadam
  2. #fansbetting situs b0la online terpercaya :)

    BalasPadam
  3. yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  4. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam
  5. Promo www.Fanspoker.com :
    - Bonus Freechips 5.000 - 10.000 setiap hari (1 hari dibagikan 1 kali) hanya dengan minimal deposit 50.000 dan minimal deposit 100.000 ke atas
    - Bonus Cashback 0.5% Setiap Senin
    - Bonus Referal 20% Seumur Hidup
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "