Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Maafkan Abang Long Mak Abah, Along Menyesal,'' Remaja Pukul Ibu Mohon Maaf

28 Sep 2017

Akibat dari videonya memukul ibu tular di laman Facebook, Muhammad Shukrey memohon maaf dan kesal atas perbuatannya terhadap ibunya.

Rakaman berdurasi 42 saat itu, telah memaparkan remaja terbabit memakai pakaian seragam sekolah dengan keadaan butang baju terbuka serta seluar terlondeh itu memukul sambil memaksa ibunya untuk memberikan wang.

Menurut Umaisarah Manaf 36, anaknya tak pernah buat macam tu sebelum ini. Ini kali pertama lah. Saya terkejut sebab dia buat macam itu sebab dia anak yang baik..dengar cakap. Saya tak sangka dia tiba-tiba jadi panas baran sampai macam itu sekali. Sebelum ini dia jentik cubit saya pun tak pernah.

"Saya tidak dapat bagi duit belanja sekolah kerana hanya ada RM17 suami saya bagi untuk buat belanja tambang bas pergi ke tempat kerja. Gaji pula lambat lagi. Jadi, anak seorang yang rajin mencari duit sendiri, selalu ada duit poket. Jual tin, botol, kotak..Tapi semalam dia tiada duit langsung, bila saya tak bagi, itu yang dia marah tu.

"Saya tak pasti apa yang menjadikan dia macam tu. Sikap dia pun memang ada berubah baru-baru ini, dia kerap balik lewat malam. Tapi saya tak kisah sebab dia selalu membantu orang untuk dapatkan upah. Mungkin anak sikit tertekan sebab peperiksaan PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3) tak lama lagi.

"Saya sudahpun memaafkan dia dan saya juga meminta maaf kerana tidak dapat memberinya belanja sekolah. Orang lain macam guru sekolah, polis dan jiran banyak bagi nasihat apa yang patut saya dan suami buat untuk dia. Saya akan bagi dia lebih perhatian selepas ini dan menganggap perbuatan dia itu adalah satu kekurangan daripada 100 kebaikan yang dilakukan anak dan tidak mahu menghukum dia disebabkan satu kesilapan saja, tambah Umaisarah.

Manakala ayahnya, Mohammad Nasir Budori, 39 berkata Ketika kejadian saya di tempat kerja. Kemudian dapat video itu, anak saya yang perempuan hantar. Jadi saya hantar pula video itu pada guru anak sulung saya itu dengan niat mahu guru itu menasihatnya supaya jaga kelakuan tambahan pula sejak dua menjak ini anak kurang berminat untuk ke sekolah. Sebenarnya sebelum ini saya sudah banyak memarahi dia, merotan dia, supaya tumpu pada pelajaran. Kalau boleh saya nak dia lebih pandai daripada saya, tak jadi macam saya.

"Saya sendiri tak sangka video itu boleh jatuh ke tangan orang lain iaitu pengawal keselamatan di sekolah dan viralkan di Facebook sampai ada yang kecam nak datang pukul anak saya. Bukan anak saja, kami ibu bapa pun dipersalahkan termasuk neneknya yang separuh buta tak nampak apa-apa masa kejadian, pun disalahkan kerana tidak menghalang tindakan anak saya itu.

"Saya buat laporan polis sebab bimbang keselamatan keluarga apabila ramai yang bagi kecaman. Saya harap orang ramai tidak terus hukum kami sekeluarga jika tidak kenal anak saya yang sebenar dan tidak tahu 'di sebalik tabir' situasi yang berlaku. Dia anak saya, saya tahu nak ajar macam mana bila dia buat salah," tambahnya.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seraya, Nordiana Othman, serta beberapa ahlinya turut melawat keluarga berkenaan dan menjalankan sesi kaunseling untuk remaja berkenaan.

Jelasnya, berdasarkan maklumat daripada pihak sekolah, meskipun pembelajaran dia agak perlahan untuk menangkap apa yang diajar oleh gurunya, tetapi dia tiada masalah disiplin. Dia bukan samseng, dia bukan pelajar yang selalu buat hal. Dia cuma sedikit lemah untuk belajar cepat, namun itu kita boleh bentuk untuk jadi seorang pelajar dan anak yang baik. Saya juga difahamkan oleh jiran keluarga ini, pelajar seorang yang ringan tulang dan bijak mencari duit poket sendiri. Tidak menyusahkan ibubapa.

"Dia pendiam dengan orang yang dia tidak kenal. Tapi dia seorang yang peramah dan bercampur dengan semua orang di pangsapuri ini. Paling saya kagum dengan dia, setiap Isnin hingga Jumaat dia akan ke surau untuk berjemaah solat Subuh. Selesai solat, dia akan pergi ke sebuah rumah tingkat bawah dan akan memapah seorang lelaki warga emas Orang Kurang Upaya (OKU) untuk dihantar ke kereta lelaki itu. Apabila lelaki itu pulang dari kerja pada waktu petang, dia akan membunyikan hon, remaja itu akan datang untuk papah dia sampai ke pintu rumahnya, kata jirannya, Hajar, 35.

Menurut Ahmad, 36, remaja itu rajin mencari duit poket. Kedai dan restoran berdekatan sini semua kenal dia sebab dia rajin mengutip botol, kotak dan tin untuk dijual. Kadang-kadang ada penduduk yang baru pulang membeli-belah, dia akan bantu angkat barang naik ke tingkat atas. Dia tidak kisah diberi upah atau tidak. Hanya orang yang kenal dia, akan terkejut bila tengok video itu.

Berikutan kejadian berkenaan polis turut mengambil keterangan daripada remaja itu dan menjalankan ujian air kencing susulan perlakuannya dalam video yang tersebar, namun remaja berkenaan disahkan bebas daripada pengaruh dadah.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, ujian air kencing sudah dilakukan terhadap remaja berkenaan ketika dia hadir bersama ibunya di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya untuk memberi keterangan.

Katanya, rakaman insiden remaja itu memukul ibunya menjadi tular lalu dikecam oleh masyarakat dan siasatan lanjut berhubung insiden ini sedang dijalankan.

Sumber - Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. 🔔🔔PENGHUJUNG BULAN MESIN HOT MUNTAH 🌹🔔
    SWIN1688 SENANG DAPAT ANGPAU & JACKPOT.
    JOM TRY LUCK MANY UNIQUE GAMES PAYOUT.
    🐄🐄NIUNIU BET~ FIGHT BULL🐄🐄

    Swin1688.blogspot.com
    Wechat / whatsapp
    BIT.LY/60143227846

    #SCR888 --> Kimochi
    #SKY777 --> Pocketmon
    #SKY99 --> Three kingdom
    #JOKER123 --> Safari life
    #LPE88 --> Fruitmania
    #GW99 --> Great Blue

    - WELCOME BONUS 30%
    - REFER BONUS 20%
    - DAILY BONUS 10%
    - IOS/ANDROID SEMUA DAPAT MAIN.
    - WE ARE 24 OPERATOR SERVICE/
    - 100% TRUSTED SINCE 2015. BESMART PLAYERS.
    - LEBIH DARI +1000 KIND OF SLOTGAMES & UPDATE SETIAP SAAT.
    - HARI HARI JACKPOT.

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "