Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Saya Tak Mahu Komen, Takut Kena Gantung 9 Bulan,'' - Sathianathan

28 Sep 2017

Jurulatih Felda United, B Sathianathan enggan memberi sebarang komen terhadap pindaan perlawanan pada saat-saat akhir yang menemukan pasukannya dengan Juara Liga Super Malaysia 2017, Johor Darul Ta'zim (JDT) yang sepatutnya berlangsung di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka semalam.

Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) kelmarin telah menghantar surat kepada pengurusan Felda United supaya menangguhkan perlawanan itu kepada hari ini, manakala venue perlawanan juga diubah ke Stadium Shah Alam.

FMLLP dikatakan memberi alasan bahawa pindaan tarikh dan venue tersebut dibuat atas faktor logistik yang tidak dapat dielakkan tanpa memberi sebarang penjelasan sebenar berkaitan masalah logistik yang dikatakan itu.

Oleh itu, Sathianathan enggan memberikan sebarang kenyataan yang mampu menggugat kariernya.

"Pasal pindaan jangan tanya saya, itu kena tanya FMLLP sendiri. Mereka lebih tahu. Buat apa saya nak komen mengenai perkara ini sebab ia tidak mendatangkan apa-apa untuk saya.

"Saya juga tak nak digantung sembilan bulan bila menyuarakan sebarang ketidakpuasan hati daripada keputusan ini.

"Apa yang penting, bila dan di mana sekalipun perlawanan akan tetap diteruskan dan kami masih perlu beraksi untuk mengakhiri musim ini dengan cemerlang," katanya.

Surat yang dikeluarkan itu ternyata merencatkan perancangan Felda United yang telah pun mengatur beberapa aktiviti bersama penyokong melalui Karnival Jom ke Stadium.

Felda United juga melalui sebuah kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook kelab itu, mengesahkan bahawa mereka tidak pernah meminta sebarang pertukaran tarikh atau venue bagi

Melalui satu kenyataan komen menjawab soalan yang diajukan netizen di laman Facebook kelab itu, Felda United juga mengesahkan tidak pernah meminta sebarang pertukaran tarikh atau venue bagi perlawanan ke-21 membabitkan Felda United dan JDT.


Sumber : Sinar Harian
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "