Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(VIDEO) Apa Yang Dibisikkan Oleh Pep Kepada Budak 'Milo' Sebelum Man City Menang Besar

25 Sep 2017

Dalam pertembungan antara Mancerster City dengan Crystal Palace lalu, kamera sempat merakam aksi Pep Guardiola memberi arahan kepada "ball boy" ataupun "budak Milo".

Pep sememangnya seorang jurulatih yang terkenal dengan kepakaran taktikal, dia sentiasa mahukan yang terbaik dalam setiap perlawanan dari setiap pemainnya, dan kali ini budak Milo pun tak terlepas dari perancangannya.

Penonton pasti tertanya-tanya, apa yang diberitahu kepada budak Milo tersebut. Ketika itu, City diikiat palace tanpa jaringan dan sedang menuju ke masa rehat separuh masa pertama.
City yang mulanya kelihatan sukar untuk mendapatkan gol, berjaya menang besar dengan jaringan 5 tanpa bolos. Kemenangan ini adalah kemengan besar yang ketiga buat City musim ini selepas membenam cabaran Watford dan Liverpool.
Pep ketika mengulas hal tersebut berkata, pada 30 minit pertama, pasukannya bermain sangat perlahan seolah-olah semua orang tidak bersedia untuk perlawanan tersebut, termasuk budak Milo.

Tambahnya lagi, ketika ada kekasaran dan permainan terhenti, tiada sapa yang mahu mahu segera mengambil bola dan menyambung permainan.

Justeru dia memanggil budak Milo supaya segera mengambil bola yang keluar dari permainan dan mengambalikan bola tersebut kepada permaian.

Perancangan Pep menjadi apabila pasukannya berjaya mendahului 1 - 0 setelah tamat babak pertama dan menambah 4 lagi jaringan ketika separuh masa kedua, menjadikan 3 perlawanan terakhir City dengan 16 jaringan tanpa bolos.

Rakaman perbualan antara Pep dengan budak Milo itu tersebar di Internet dan mendapat reaksi netizen sehinggakan mereka memberi jolokkan Pep Talk kepada insiden tersebut.


Sumber : The Sukan
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "